Friday, August 1, 2008

SAYA TIDAK TERLIBAT

Saya tidak terlibat skandal seks - Wee




PUTRAJAYA - Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Wee Ka Siong (gambar) menafikan dirinya terlibat dalam skandal seks seperti dilaporkan di muka depan sebuah akhbar semalam.


Menurut beliau, laporan tersebut sekadar merupakan imaginasi akhbar berkenaan bagi mengaitkan kesnya itu seumpama skandal seks bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.


"Saya tidak terlibat. Saya kecewa dengan laporan akhbar itu. Saya hormati kebebasan media tetapi janganlah tambah 'Ajinomoto', sampai kiamat nanti pun berdosa dan ini mungkin ini satu ujian Tuhan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


Ka Siong menjelaskan, khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbunyi 'Countdown 90 hari, Dr. Wee Ka Siong akan letak semua jawatannya pada 20 Oktober 2008, sama seperti Dr. Chua itu telah tersebar sejak 22 Julai lalu.


"Ia tersebar pada tarikh selepas saya menang tanpa bertanding Ketua Bahagian MCA Johor Bahru. Kebetulan tarikh 20 Oktober yang dikatakan itu pula hari lahir saya (ke-40)," ujarnya.


Tambahnya, beliau turut mengetahui, penyebaran SMS itu dibuat oleh individu yang sejak dari dulu lagi tidak senang dengan beliau kerana berjaya ketika ini dalam kerjaya politik.



ARTICLES SOURCE: http://www.kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment