Sunday, June 29, 2008

CARA SELAMATKAN DIRI MASA KEBAKARAN

Tip menyelamatkan diri ketika kebakaran


1. Sesetengah ibu bapa lebih suka membiarkan pintu bilik tidur anak-anak terbuka ketika tidur dengan alasan mudah mengawasi dan mendengar suara anak . Namun, tindakan itu hanya menyebabkan api, asap dan haba cepat merebak ke dalam bilik berkenaan jika berlaku kebakaran. Oleh itu, anda digalakkan menutup pintu semua bilik supaya mempunyai lebih masa untuk menyelamatkan diri.

2. Kebanyakan rumah kediaman tidak mempunyai pintu rintangan api, jadi berhati-hati ketika membuka pintu. Jika terperangkap di dalam bilik semasa kebakaran, anda dinasihatkan merasai kehangatan daun pintu, tombol dan bingkai pintu dengan menggunakan belakang tangan sebelum membuka pintu. Jika terasa panas jangan buka pintu sebaliknya cari jalan alternatif.

3. Jika daun pintu tidak panas, anda dinasihatkan supaya melutut dan melekapkan bahu ke daun pintu terlebih dulu sebelum membuka pintu secara perlahan-lahan dan berhati-hati. Tindakan itu perlu bagi mengelakkan serbuan lidah api dan asap yang biasanya memenuhi bahagian atas ruang.


4. Jika haba dan asap mula memasuki bilik, tutup pintu rapat-rapat dan turut semua ruang atau lubang di bawah pintu dengan menggunakan tuala, cadar, selimut dan apa saja yang terdapat di dalam bilik berkenaan.

5. Jika laluan utama dihalang dengan api dan asap, anda boleh berusaha menyelamatkan diri melalui tingkap. Sebelum membuka tingkap, pastikan pintu bilik tertutup rapat bagi mengelakkan api merebak.

6. Sekiranya berada ditingkat satu cuba turun dengan cara yang selamat bagi mengelakkan kecederaan, keluarkan kaki dan cuba rendahkan diri lalu keluar melalui tingkap secara membelakang. Bergayut seketika pada sisi tingkap dan kemudian terjun.

7. Anak-anak boleh dikeluarkan dengan cara menghulurkan mereka ke bawah jika ada orang yang membantu. Jika tiada, cuba turunkan anak anda ke paras bawah sejauh mungkin dengan berhati-hati. Jangan terjun dulu dan meninggalkan anak-anak dengan tanggapan mereka akan mengikut anda, mungkin anak-anak enggan terkejut dan kemungkinan mereka tidak dapat diselamatkan.

8. Jika terperangkap dan anda berada di tingkat bawah, di nasihatkan supaya membuka tingkap sedikit di bahagian atas dan bawah bagi membolehkan asap keluar melalui bahagian atas dan udara bersih masuk di bahagian bawah.

9. Tutup ruang di bawah pintu dengan cadar, selimut, tuala bagi mengelakkan asap masuk ke ruang bilik. Jika ada telefon di dalam bilik, hubungi bomba dan jiran terdekat dan maklumkan kedudukan anda untuk memudahkan kerja menyelamat. Beri isyarat dengan berdiri berhampiran tingkap atau gunakan lampu picit atau kibarkan kain berwarna putih, terang supaya mudah dikesan.

10. Ketika kebakaran, udara panas dan asap akan memenuhi ruang atas dan gas beracun turun ke lantai manakala udara bersih di zon selamat untuk bernafas adalah satu hingga dua kaki (30 hingga 60 sentimeter) dari paras lantai.

11. Apabila asap memenuhi ruang, cara terbaik menyelamatkan diri adalah dengan merangkak dan kepala berada di zon selamat.

12. Jika pakaian terbakar, jangan berlari sebaliknya rebahkan badan, tutup muka dan berguling di lantai bagi memadamkannya. Apabila nampak orang lain terbakar, rebahkan mereka dan tutup dengan kain selimut atau guni basah bagi memadamkan kebakaran.



articles source: http://www.bharian.com.my

Saturday, June 28, 2008

KOMPUTER RIBA

Tip IT: Lindungi komputer riba bagi tingkat jangka hayat

Oleh Zef Othman

PENGGUNAAN komputer 'laptop' atau komputer riba semakin mendapat sambutan di negara ini berikutan konsep mudah alih yang diketengahkan produk itu.

Segmen pengguna komputer riba di negara ini turut meliputi golongan profesional, pekerja kerajaan, peniaga dan pelajar.

Bagaimanapun, perlu diingat bahawa produk komputer riba ini adalah kelengkapan teknologi terkini yang sensitif dan mudah rosak sekiranya tidak dijaga dengan cermat.


Antara aspek yang perlu dititik beratkan adalah penjagaan yang lebih teliti pada komponennya, bateri, meningkatkan aspek keselamatan khususnya daripada ancaman luar, persekitaran dan pengendaliannya.

Seperti contoh, sebahagian besar pengguna masih tidak peka terhadap isu suhu dan persekitaran yang boleh menjadi penyumbang kepada kerosakan produk terbabit.

Sebagai pemilik, anda dinasihatkan supaya tidak menempatkan laptop pada permukaan yang boleh menghalang peredaran angin yang lancar seperti menggunakannya di dalam beg komputer mudah alih itu sendiri, di dalam selimut mahupun bantal.

Jika perlu, gunakan produk pengalas penyejuk mudah alih di bawahnya yang boleh didapati di pasaran, bagi memastikan laptop anda sentiasa berada dalam keadaan sejuk.

Persekitaran lembap atau panas pula boleh menyebabkan komputer mudah alih yang sensitif itu berdepan jangka hayat lebih singkat.

Malahan, habuk juga boleh menyebabkan peredaran udara tersekat dan merosakkan komponen dalamannya.

Pemilik komputer riba disarankan supaya tidak menempatkannya di kawasan panas atau di atas lantai.

Bahan cecair seperti minuman dinasihatkan tidak ditempatkan berhampiran produk berkenaan untuk mengelakkannya tertumpah.

Produk yang menggunakan bateri seperti laptop perlu dijaga dengan teliti bagi meningkatkan jangka hayat bateri produk berkenaan.

Pemilik juga perlu mengecas bateri komputer riba masing-masing sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Walaupun komputer riba anda direka khusus untuk meningkatkan produktiviti pengguna dan boleh dibawa ke mana-mana, pastikan sistem operasi atau aplikasi ditutup apabila hendak mengalihkannya, melainkan ia dilengkapi dengan ciri penyerap gegaran.

Selain itu, isu serangan dari luar pula adalah masalah yang sering di dibincangkan di kalangan pembangun perisian perlindungan ancaman itu.

Sehubungan itu, lindungi komputer laptop anda daripada ancaman pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menggunakan produk perlindungan yang ditawarkan di pasaran masa kini.

Apabila pemilik komputer riba bercadang untuk membawanya dari satu lokasi ke lokasi yang lain, saranan penggunaan beg mengembara untuk produk itu perlu diambil kira.

Pendekatan itu dapat melindungi komputer riba anda daripada berdepan dengan isu gegaran, keadaan cuaca yang panas dan kemasukan habuk tanpa disedari.



articles source: http://www.bharian.com.my


Wednesday, June 25, 2008

DOKUMEN MICROSOFT KE PDF

KAEDAH MENUKAR DOKUMEN MICROSOFT KE PDF



TERDAPAT pelbagai kaedah untuk menukar dokumen Microsoft dan 'spreadsheet' ke PDF sama ada secara percuma atau tidak.


Anda boleh melihat perkhidmatan 'online' yang mena warkan perkakasan penukaran contohnya, https://www.pdfonline.com/convert_pdf.asp memberikan kemudahan memindah turun dokumen Microsoft dan 'spre adsheet' ke PDF seterusnya menghantar kembali dokumen ditukar ke emel saudara.


Selain itu, anda boleh menggunakan Dokumen Google dengan hanya mendaftar sebagai pengguna emel (http://gmail.com) seterusnya memindah turun dokumen Microsoft dan 'spreadsheet' ke Dokumen Google serta meng eksport ke PDF.


Malah, saudara boleh memindah turun Openoffice.org yang melakukan aktiviti sama untuk proses penukaran.

ARTICLES SOURCE: http://www.hmetro.com.my/

Tuesday, June 24, 2008

PENYELENGGARAAN KOMPUTER

Penyelenggaraan Komputer

Sistem Operasi : Windows XP Pro SP2
===============================================

Panduan ini ditujukan kepada mereka yang ingin membuat penyelenggaraan komputer sendiri
atau komputer kawan-kawan yang mengalami masalah lambat loading, program slow dsb.

Semoga dengan panduan ini dapat mengurangkan skit sebanyak masalah penggunaan komputer.
Mari kita kongsi idea bersama.

SENARIO 1

Ada satu PC bila start nak masuk Desktop terlalu slow, tidak seperti biasa yang mengambil masa
antara 20 - 30 saat sahaja. Windows masih berfungsi tetapi nak bukak satu-satu program mengambil
masa agak lama. Windows lambat respon.

PENYELESAIAN

Disable System StartUp
1. Start PC seperti biasa
2. Dalam Windows Desktop, klik Start > Run
3. Taip MSCONFIG



4. Disable All > Apply
5. Restart komputer.

Bersihkan Hard Disk
1. Klik Start > Programs > Accessories > System Tools > Disk CleanUp



2. Tick mana2 item yang anda hendak bersihkan dari hard disk

Dengan cara ini ruang kosong hard disk akan bertambah.

Bersihkan Internet Temporary Files
Jika Guna Internet Explorer; IE
1. Buka IE
2. Klik Tools > Internet Options




Fix Registry
Boleh guna program seperti TuneUP Utility yang boleh di download dari internet.

http://www.download.com/3000-2094_4-10698444.html
http://www.tune-up.com/

Guna 1Click Maintenance

Defrag Hard Disk
Program yang disyorkan O&O Defrag 8.0

http://www.oo-software.com/smb/en/download/

Cara Guna.

1. Buka program O&O Defrag
2. Pilih kaedah Stealth



3. Setelah selesai, restart PC dan buka semula program O&O Defrag
4. Pilih kaedah Complete/Access



Peringatan:
Jika sekiranya semasa anda melakukan penyelenggaraan, terdapat Virus dan seumpamnya,
bersihkan dulu.


============
Ditutup sementara sebab ada sambungan.
Terima kasih kerana sudi berkongsi.


BACKUP SISTEM WINDOWS - SYSTEM RESTORE

articles source: www.putera.com

Monday, June 23, 2008

ISLAM

Takuti perkara membatalkan Islam

Setiap Muslim yang waras cara berfikirnya, akan sentiasa bertindak bersesuaian dengan ajaran yang ada dalam al-Quran dan apa yang diajarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. Ini kerana kedua-dua sumber itu merupakan rujukan paling tepat dan benar untuk mendapatkan keredaan Allah SWT sekali gus melonjakkannya menjadi Muslim hakiki.

Kerana keyakinan yang ada dalam pemikiran Muslim yang baik itu, ialah bahawa kehidupannya tidak berakhir semasa hidup di dunia, malah ia berkesinambungan hingga ke hari akhirat, iaitu hari di mana seluruh makhluk bernama manusia akan berhimpun di Padang Mahsyar.

Sama ada manusia yang percaya kepada Allah, atau yang menentang-Nya, manusia bermana Islam, atau Kapitalis, Komunis, Sekular, Sosialis, Hindu, Buddha, Kristian, Yahudi, semua sekali akan dihadapkan depan Allah untuk diperhitung amalan-amalan mereka.

Yang mengikut, patuh serta tunduk kepada ajaran al-Quran dan menerima ajaran Rasulullah s.a.w. tanpa sebarang ragu dan pastinya akan diberi syafaat untuk memasuki syurga.

Sementara yang puluhan tahun hidup di dunia, kemudian memilih jalan kesesatan dengan mengamalkan pegangan akidah yang menyimpang jauh daripada Islam, sudah pasti mereka akan dihumban ke dalam api neraka.

Justeru, bagi mengekalkan iman, akidah, Islam pada tahap yang memberangsangkan, maka setiap Muslim itu perlu mengetahui perkara-perkara yang boleh membatalkan akidah, Islam, atau juga disebut dua kalimah syahadah bertujuan untuk menyelamatkan dirinya di akhirat bersama dengan Rasulullah s.a.w. Ia terlalu banyak untuk diperkatakan, tetapi dalam kesempatan ini, hanya beberapa perkara pokok sahaja disenaraikan.

Perkara-perkara yang membatalkan Islam

1. Terlibat pada perkara syirik atau mengadakan sekutu dalam beribadah kepada Allah.

2. Menjadikan sesuatu atau seseorang sebagai wasilah (perantara) dalam doa, syafa'at dan tawakkal.

. Tidak mengkafirkan orang-orang musyrik, menyangsikan kekafiran mereka malah membenarkan keyakinan mereka.

4. Meyakini bahawa petunjuk selain petunjuk Nabi Muhammad s.a.w. adalah lebih sempurna dan lebih baik.

5. Membenci hal-hal yang berasal daripada ajaran Rasulullah s.a.w. walaupun mengamalkannya.

6. Mengolok-olok sebagian ajaran yang dibawa Rasulullah s.a.w. seperti pahala atau balasan yang akan diterima.

7. Melakukan sihir, karena pelakunya dihukumi kafir.

8. Menyokong orang kafir serta memberikan bantuan dan pertolongan kepada orang musyrik untuk memerangi Muslimin.

9. Beranggapan bahawa manusia dengan mudah boleh terkeluar dari syari�at atau ajaran Nabi Muhammad s.a.w.

10. Berpaling dari agama Allah SWT baik kerana tidak mahu mempelajarinya atau kerana tidak mahu mengamalkannya.

11. Mengganggap suatu hukum atau undang-undang selainnya lebih baik daripada syari'at Rasulullah s.a.w. dan lebih mengutamakan hukum thaghot daripada hukum Rasulullah s.a.w. Apabila ada seseorang meyakini bahwa undang-undang yang dibuat manusia lebih utama dan lebih baik daripada syari'at Islam, maka ia telah kafir.

12. Apabila seseorang Muslim itu menganggap bahawa syari�at Islam sudah tidak sesuai lagi dengan perkembangan zaman, atau bahkan beranggapan bahawa agama Islam hanya menyangkut hubungan ritual antara hamba dengan Rabbnya dan tidak ada kaitannya sama sekali dengan masalah duniawi. Demikian pula apabila seseorang memandang bahawa pelaksanaan syari'at Islam, misalnya masalah rajam dan qishash, sudah tidak sesuai lagi dengan peradaban modern (atau Hak Asasi Manusia).

13. Begitu pula mereka yang beranggapan bahawa seseorang dibolehkan untuk tidak berhukum dengan hukum atau syari'at Allah SWT dalam hal kemasyarakatan dan hukum-hukum lainnya, maka ia telah kafir, meskipun belum sampai pada keyakinan bahawa hukum yang dianutnya lebih utama dari hukum Islam.

14.� Bertawakal dan bergantung kepada selain daripada Allah.

15.� Ingkar nikmat Allah sama ada yang terang atau yang sembunyi, yang mudah difikirkan atau yang memerlukan kajian.

16.Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah kerana Allah tidak menyukainya.

17. Menggubal undang-undang mengikut kemahuan manusia bukan mengikut ketentuan Allah.

18. Menumpukan segala ketaatan kepada selain Allah dengan cara yang tidak disukai-Nya.

19. Menjalankan hukum selain dari hukum Allah atau tidak merujuk kepada hukum Allah dalam sesuatu perkara.

20. Benci atau menentang sesuatu perkara yang berhubung dengan Islam atau menbenci agama Islam seluruhnya.

21. Mencintai kehidupan dunia mengatasi kecintaan akhirat dan menjadikan dunia ini sebagai matlamat utama yang unggul dalam hidupnya.

22. Menghina sesuatu daripada kitab Allah atau sunnah Rasulullah s.a.w. atau orang-orang alim yang menegakkannya atau mempersendakan hukum-hukum daripada hukum Allah atau syiar-syiar Islam.

23. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan sebaliknya.

24. Tidak beriman dengan semua sumber-sumber (punca) hukum daripada kitab Allah dan As-Sunnah.

25. Melantik orang-orang kafir dan munafik menjadi pemimpin serta tidak mencintai orang-orang yang berakidah Islam dan mukmin.

26. Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah s.a.w.

27. Rasa takut, lemah hati di dalam menegakkan Tauhidullah dan rasa lapang, terbuka dan riang dalam menegakkan perkara-perkara syirik.

28. Menyatakan bahawa al-Quran terdapat pertentangan di antara ayat yang dan isi yang terkandung di dalam ayat itu.

29.Tidak mengetahui tentang marifat Allah dan pengenalan yang jelas serta ingkar dengan sifat-sifat ketuhanan-Nya dan ingkar nama-nama-Nya.

30. Tidak mengetahui atau mengenali Rasul dengan betul atau menafikan adanya sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh Allah kepadanya atau menghina sifat-sifat kepujian atau mengitiqad bahawa baginda adalah contoh utama bagi manusia.

31. Mengkafirkan orang yang mengucap dua kalimah syahadah serta tidak mengkafirkan orang yang telah ingkar syahadah dan tidak menghalalkan berperang dengan mereka.

32.Membuat sesuatu pekerjaan (ibadah) bukan kerana Allah, sujud dan tawaf berkiblatkan kepada selain Baitullah dengan niat mendekati Allah.

33. Banyak jenis syirik yang menggugurkan syahadatain yang dinamakan syirik kecil seperti mengerjakan solat kerana hendak mendapatkan pujian, bersedekah kerana sungutan orang atau supaya orang datang kepadanya seolah-olah dia berjihad iaitu supaya orang mengenang jasa dan namanya.

Dan banyak lagi yang perlu diketahui secara mendalam dan terperinci yang mesti digarap oleh setiap Muslim menerusi kuliah-kuliah akidah yang tidak boleh dipelajari secara santai, kerana ia merupakan asas dan benteng yang kuat daripada terjebak pada penentangan terhadap Allah sekali gus layak mendapat kutukan-Nya. -



articles source: harakah daily

Sunday, June 22, 2008

MAKANAN UNTUK BAYI

Mengapa tidak digalakkan memberi makanan pelengkap sebelum usia anak enam bulan?

  • Sistem pencernaan dan penyerapan bayi yang berusia kurang enam bulan belum matang.

  • Susu ibu adalah makanan utama untuk bayi. Pemberian makanan pepejal terlalu awal boleh mengurangkan pengambilan susu oleh bayi kerana mereka mudah kenyang dengan makanan pejal.
  • Makanan yang diberikan sebagai gantian susu ibu selalunya bubur yang cair dan sup. Makanan ini mengenyangkan tetapi kurang nutrisi berbanding susu ibu. Justeru, keperluan bayi itu tidak dipenuhi.

  • Bahan makanan lain mengurangkan penyerapan nutrisi dalam susu ibu seperti zat besi.

  • Bayi mudah mendapat alahan.


Mengapa ia perlu diberi ketika usia enam bulan ke atas?
  • Menambah bekalan tenaga anak

  • Membekalkannya dengan zat makanan

  • Memperkenalkan anak dengan pelbagai jenis makanan dan rasanya

  • Memenuhi keperluan proses perkembangan dan kematangannya


Bagaimana memberi makanan pelengkap kepada anak?

  • Berikan susu terlebih dahulu sebelum memberi bayi makanan pelengkap. Ini akan membolehkan ibu menghasilkan cukup susu bagi jangka masa yang lebih lama.

  • Sediakan hidangan yang seimbang. Hidangan seimbang perlu mengandungi makanan daripada lima kumpulan makanan iaitu bijirin dan ubi, daging dan telur, sayur dan buah, minyak dan lemak selain ikan.

  • Pelbagaikan makanan bayi. Berikan pelbagai jenis makanan dengan pelbagai jenis zat. Ia juga secara tidak langsung mengajar bayi kepelbagaian rasa dan warna.

  • Tambahkan minyak dan lemak dalam makanannya. Bayi perlukan tenaga untuk tumbesaran. Minyak atau lemak seperti mentega dapat menambah kandungan tenaga dalam hidangan.

  • Tidak perlu tambah garam, gula dan bahan perasa dalam makanannya. Beri dia peluang menikmati rasa semula jadi makanan.

  • Sediakan makanan mengikut tekstur yang sesuai usianya. Ia juga perlu mengikut kebolehan bayi. Misalnya bagi bayi berusia enam bulan makanan perlu dikisar halus manakala bayi tujuh hingga sembilan bulan, makanan mungkin hanya perlu dilenyek manakala bayi berusia 10 hingga 12 bulan, makanan hanya perlu dicincang.

  • Mulakan dengan sedikit dan tambah kuantitinya secara beransur-ansur mengikut usia.

  • Jadikan masa makanan sebagai masa yang menyeronokkan. Jangan paksa bayi makan jika belum bersedia atau tidak mahu makan.


Bagaimana mengetahui pengambilan makanan itu mencukupi?

Pastikan berat anak ditimbang selalu mengikut jadual temu janji dengan pakar pediatrik. Catatkan jumlah berat anak pada carta tumbesarannya.

Dengan makanan yang cukup dan bermutu, hala tumbesaran anak akan naik selaras dengan garis rujukan pada kad tumbesaran. Carta ini adalah satu cara mengajar ibu mengetahui keberkesanan makanan yang diberikan pada anak.

Sumber: Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan.

ARTICLES SOURCE : BERITA HARIAN ON-LINE

Saturday, June 21, 2008

LAJUKAN WINDOWS XP

5 Cara Untuk Lajukan Windows XP


23 March, 2008 (00:37) Masalah Komputer, Tips Windows Oleh: MK


Walaupun Windows Vista telah lama dilancarkan oleh Microsoft, kebanyakan dari kita masih lagi menggunakan Windows XP sebagai Operating System. Ini mungkin kerana anda telah biasa dengan Windows XP, dan lebih selesa dengannya. Mungkin juga anda memilih Windows XP kerana ia kurang mengalami masalah compatibility dengan software lama.
Setelah menggunakan Windows XP buat beberapa ketika, anda mungkin perasan PC anda menjadi semakin lembab berbanding semasa baru lepas install Windows dahulu. Selain dari memastikan komputer anda bersih dari Virus dan Malware, terdapat beberapa perkara yang anda boleh amalkan untuk memastikan Windows XP berjalan dengan lebih lancar. Di sini saya ingin kongsi lima tips berikut:


Defragment Hard Disk Anda


Anda mungkin telah kerap kali mendengar istilah Defragment ini. Namun, tahukah anda apa fungsi Defragment?
Apabila Windows XP menyimpan satu-satu fail dalam komputer anda, kadang - kadang ia diletak secara bersepah. Sebagai contoh, sebahagian dari fail Word anda diletakkan di bahagian tengah Hard Disk manakala sebahagian lagi diletakkan di bahagian hujung. Keadaan ini disebut sebagai Fragmentation. Untuk membuka fail Word ini, Windows XP terpaksa memakan sedikit masa kerana ia terletak berjauhan antara satu sama lain.
Defragmentation bertugas untuk membetulkan kembali keadaan Fragmentation ini. Ia akan menyusun kembali fail - fail dalam komputer anda agar berada di tempat yang betul.
Disk Defragmenter boleh dibuka melalui Start Menu > Accessories > System Tools > Disk Defragmenter


Tetapkan Program Yang Dibuka Sewaktu Startup


Setiap kali Windows dimulakan, ia akan melancarkan sejumlah program secara automatik. Program ini dipangil sebagai Startup Program. Namun, tidak semua dari program ini diperlukan sentiasa, sebaliknya anda hanya akan buka program tersebut bila perlu.
Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuang satu-satu program dari senarai Startup. Cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan msconfig. Untuk melancarkan msconfig, klik pada Start Menu dan pilih Run (atau tekan sahaj Win+R). Pada kotak Run, taipkan msconfig dan tekan Enter. System Configuration Utility akan dipaparkan. Pergi kepada tab Startup dan anda boleh lihat senarai startup program. Hanya uncheck sahaja mana - mana program supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik.
Bagi mendapatkan senarai Startup Program yang lebih lengkap dan menyeluruh, gunakan perisian Autoruns. Pastikan anda tahu program apa yang anda hadapi, sebelum membuat apa - apa perubahan.


Matikan Servis Yang Tidak Perlu


Servis adalah proses - proses yang dijalankan secara senyap, di balik tabir. Seperti Startup Program, ada sebilangan dari servis - servis ini yang tidak diperlukan oleh anda, dan boleh ditetapkan agar tidak dilancarkan secara automatik.
Untuk membuat tetapan pada servis, buka msconfig sekali lagi. Pergi kepada tab Services. Pastikan anda menanda kotak "Hide All Microsoft Services" (seperti dalam gambaraja) agar anda tidak tersilap membuang servis yang penting. Kemudian uncheck pada mana - mana servis supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik
Untuk senarai servis - servis dalam Windows XP yang lebih lengkap, buka kotak Run dan taipkan services.msc. Di sini anda boleh lihat segala servis - servis yang terdapat dalam Windows XP.


Bersihkan PC Anda


Semakin lama anda menggunakan PC, semakin banyaklah Temporary File yang terkumpul dalam Windows anda. Temporary File ini adalah sampah - sarap yang perlu dibersihkan selalu agar ianya tidak membazirkan ruang dalam Hard Disk anda. Untuk membersihkan fail - fail ini, gunakan CCleaner.


Tingkatkan BIOS Anda


(Nota: Tips yang berkaitan dengan upgrade BIOS atau mematikan mana - mana fungsi dalam BIOS adalah agak teknikal. Pengguna baru adalah dinasihatkan supaya mengelakkan tips ini)
BIOS bereti Basic Input Ouput System, yang berfungsi untuk memulakan perkakasan - perkakasan dalam komputer anda sewaktu PC dihidupkan. Bergantung pada PC anda, pengubahsuaian BIOS boleh meningkatkan sedikit prestasi komputer.
Update BIOS Anda. Biasanya pengeluar komputer atau motherboard akan mengemaskini BIOS mereka, dan anda boleh download versi BIOS yang terbaru ini. Pastikan BIOS jenis apa yang anda pakai, dan cari update yang terkini di Internet. Setelah download, ikuti langkah yang diberikan untuk install BIOS tersebut.


Matikan Komponen Yang Tidak Digunakan.



Motherboard anda mengandungi banyak komponen - komponen seperti RJ-45, bunyi, dan grafik. Anda boleh matikan komponen yang tidak diperlukan; melalui BIOS. Contohnya jika anda mempunyai kad wireless, anda tidak memerlukan lagi komponen Ethernet. Ataupun jika port VGA anda tidak digunakan, disable saja fungsinya. Jika anda ingin menggunakannya kembali, enable semula komponen tersebut melalui BIOS.




ARTICLES SOURCE: http://sembangkomputer.com

Thursday, June 19, 2008

BUAT DUIT PADA BLOG

Hari ni saya akan tunjukkan beberapa laman iklan percuma yang boleh diletakkan pada blog anda. Tapi sebelum itu perlulah mendapat kebenaran dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan."Sign up" dulu untuk mendapatkan iklan tersebut. Setiap iklan pada blog/laman web akan dibayar.Yang paling penting anda hendaklah mempunyai blog/laman web sendiri.

Antaranya:

1.





2. Anda boleh ambil pada blog saya seperti google adsense, nuffnang dan sebagainya.(Pada bahagian tepi blog)

Saya sendiri dalam proses belajar dan menarik seramai mana pelawat ke blog saya.

Wednesday, June 18, 2008

BIARKAN

Minyak naik -
biarkan, biarkan
Rozmal Malakan Feb 28, 06 4:22pm
Minyak naik lagi, biarkan, biarkan
Rozmal Malakan Minyak naik lagi 30 sen hari ni
Biarkan, biarkan
Tambang bas dah naik,
Biarkan, biarkan
Tarif elektrik nak naik Biarkan, biarkan
Rumah kita banjir Biarkan, biarkan
Anak-anak ramai tak sekolah Biarkan, biarkan
Cukai tanah banyak negeri dah naik Biarkan, biarkan
Apa nak kecoh kecoh Zaman Jepun dulu lagi susah Makan ubi kayu, minum air perigi Minyak kita masih murah daripada Thailand, Singapura, Filipina Biarkan, biarkan
Boleh naik lagi... ?

articles source: www.malaysiakini.com

Tuesday, June 17, 2008

MINYAK NAIK

CARA UNTUK JIMAT MINYAK

1. Pastikan "air fillter" /penapis udara dalam keadaan baik bebas dari habuk.

2. Pastikan plug ditukar mengikut KM yang dicadangkan pengeluar.

3. Isi minyak pada waktu pagi atau malam.

4. Pastikan tekanan semasa mengisi MINYAK dalam keadaan perlahan.

5. Jangan bawa barang-barang yang tidak digunakan dalam boat kereta.(Barang berat)

6. Pastikan kereta diservis mengikut KM yang ditetapkan.

7. Memandu dengan kelajuan dibawah 100 km sejam.

8. Jangan amalkan memandu secara agresif.

9. Gunakan udara luar pada waktu pagi atau malam supaya mengelakkan penggunaan air-cord secara berterusan.

10. Pastikan tekanan angin tayar mencukupi.

Monday, June 16, 2008

WEB

Sukarkah mencipta laman web sendiri?


Bolehkah seseorang itu mencipta laman web sendiri sedangkan dia tidak pernah mengikut sebarang kursus komputer ataupun yang berkaitan dunia teknologi maklumat?

Jawapannya, kenapa pulak tidak boleh? Bagi saya, membuat laman web sendiri bukanlah sesuatu yang susah sangat. Saya berkata ia senang bukan kerana saya sudah biasa dengannya atau kerana sudah bertahun-tahun bergelumang dengan komputer, tetapi saya fikir ia seharusnya mudah kepada sesiapapun, walaupun kepada seorang kerani cabuk.

Jika anda tahu menggunakan komputer dan tahu menaip menggunakan apa-apa aplikasi di dalam Windows, itu sudah kira memadai untuk memulakan sebuah laman web persendirian.

Sebenarnya membuat laman web adalah semudah anda menaip di dalam Word. Perkara paling asas yang anda perlukan untuk mula menaipkan laman web anda ialah perisian yang sesuai.

Jika anda memasang perisian pelayar Internet Explorer versi 4.0 atau ke atas di dalam komputer, cuba anda perhatikan, bahawa terdapat satu perisian akan turut dipasang sama. Perisian itu ialah Frontpage Express, dengan ikon berwarna merah. Manakala jika anda memasang perisian pelayar Netscape Communicator versi 4.0 atau ke atas, anda akan diberikan perisian Netscape Composer.

Salah satu daripada dua perisian percuma ini sudah cukup untuk anda memulakan kerja anda. Taiplah macam biasa. Untuk masukkan gambar, klik pada menu yang sesuai dan anda akan diminta browse ke dalam cakera keras untuk mencari fail gambar tersebut. Akhir sekali simpan dokumen yang anda taip itu sebagai fail dengan sambungan *.htm atau *.html (tiada beza antara kedua-duanya).

Ini akan membolehkan dokumen yang anda taipkan itu disimpan sebagai sebuah fail HTML (Hyper Text Marked-up Language), iaitu format fail yang diperlukan di dalam Internet. Fail pertama laman web anda bolehlah dijadikan laman utama atau pintu masuk kepada laman-laman lain di dalamnya jika ada. Menaip satu laman utama yang panjang lebar dan berjela-jela bukan satu idea yang baik, ia akan menyebabkan pengguna atau pelayar yang ingin melayar akan terpaksa menunggu lama untuk lihat laman tersebut akibat kelajuan talian Internet yang perlahan.

Oleh yang demikian, pecahkannya kepada beberapa laman, iaitu simpan di dalam beberapa fail HTML yang berasingan. Anda boleh gunakan fail utama tadi untuk membuat pautan (link) kepada laman-laman yang lain. Sebelum membuat pautan, pastikan semua fail yang hendak dipaut itu sudah wujud.

Untuk membuat link, anda perlu pilih (highlight) teks yang dikehendaki dan kemudian ambil menu yang sesuai, bergantung kepada perisian yang anda guna. Sebagai Contoh, Frontpage menggunakan menu Insert > Hyperlink. Apabila ditanya, masukkan nama fail yang hendak dipautkan itu ataupun terus guna butang browse untuk mendapatkan fail berkenaan.

Banyak lagi fungsi-fungsi lain yang boleh anda buat menggunakan perisian-perisian itu termasuklah penggunaan jadual (table), garisan, perenggan dan lain-lain. Cubalah bermain-main dengan perisian itu untuk membiasakan diri dan akhir sekali menguasainya. Ular yang menyusur di celah-celah akar tidak akan hilang biasanya, tidak ada ruginya jika anda mencuba.

Secara konsepnya, sewaktu dalam proses membina laman web, kita turut perlu memikirkan beberapa perkara seperti kepada siapa laman web itu disediakan, bagaimana pengguna hendak bergerak dari satu laman ke laman yang lain, apakah grafik-grafik atau audio yang hendak diguna serta apakah pautan-pautan luar yang perlu dimasukkan untuk menjadikan kandungannya lebih bernilai.

Di dalam Internet, ada banyak laman web yang menyediakan bantuan yang lebih mendalam tentang bagaimana hendak membuat laman web dan akhir sekali menerbitkannya ke Internet untuk membolehkan ia ditonton oleh semua orang di seluruh dunia. Anda hanya perlu rajin mencari dan membacanya sahaja. Di kedai-kedai buku juga sudah ada beberapa buku berkenaan HTML dan lain-lain topik yang berkaitan dengan Internet yang di tulis atau diterjemah ke dalam Bahasa Melayu. Jika buku sukar didapati ataupun berharga mahal, layari sahaja Internet dan pelbagai bentuk maklumat boleh dicari untuk membantu kerja-kerja anda.

Perisian seperti FrontPage Express dan Netscape Composer adalah dua contoh perisian yang percuma dan mudah diguna. Banyak lagi perisian seperti ini boleh dipindah terima daripada Internet atau dibeli dari kedai untuk membantu anda. Bagaimanapun, jika anda ingin terus mencuba sesuatu yang baru, cubalah pelajari HTML, iaitu bahasa asas untuk semua laman web di Internet.

Jika anda boleh menguasai HTML, lebih banyak perkara menarik yang boleh anda lakukan. Rujuk kepada Panduan Asas HTML yang boleh anda temui di ruangan http://www.putera.com/tutorial.

Selain dari memahami apa itu HTML dan cara mennyediakan dokumen HTML, untuk laman web, anda juga boleh mendapatkan pelbagai imej grafik seperti ikon, garisan dan sebagainya yang boleh dipindah terima dari beberapa tapak web d Internet seperti http//www.clipart.com ataupun http://www.corbis.com. Fail-fail grafik untuk laman web biasanya mestilah dalam format GIF (*.gif) atau JPEG (*.jpg).

Ringkasnya, jika anda rajin melayari Internet, banyak sumber rujukan boleh anda temui, yang boleh digunakan untuk anda membina sebuah laman web sendiri.
Selamat berjaya!
By Shanai

ARTICLES SOURCE : WWW.PUTERA.COM

MATA

Renung lama skrin komputer punca mata kering

Print Email

Kajian sampel di Malaysia ke atas pengguna kanta lekap mengesahkan penggunaan kumputer sama ada untuk bekerja, belajar atau bermain, menjadi faktor utama terhadap fenomena mata menjadi kering.



Sindrom mata menjadi kering sering berlaku di kalangan pengguna kanta lekap kerana material pada kanta lekap itu menyerap protein dan komponen air mata yang lain, menyebabkan tompokan kering pada kanta lekap.



Kajian oleh Advanced Medical Optics (AMO), pembuat produk titisan mata jenama Blink™ Contacts Eye Drops bertujuan untuk mencari tiga lokasi dan keadaan utama yang menyebabkan pengguna kanta lekap merasakan mata mereka menjadi kering.
Kira-kira 100 pengguna kanta lekap yang berusia antara 15 hingga 55 tahun menyertai soal selidik yang diadakan bermula September 2007.


Hasil soal selidik daripada responden, sehingga 68.8% menyenaraikan penggunaan komputer menjadi keadaan yang paling kerap menyebabkan mereka merasakan mata menjadi kering.


Satu lagi kejadian yang dijalankan oleh Universiti Ohio State menunjukkan kekerapan mata mengelip menurun daripada purata 15 kelipan seminit sewaktu mata dalam keadaan tenang kepada 7.5 kelipan seminit meskipun hanya menjeling ke arah komputer pada paras 5% daripada tempoh waktu kerja. Jumlah ini semakin menurun kepada hanya empat kelipan seminit apabila menjeling ke arah skrin sehingga ke paras 50%.*


Oleh kerana mata mengelip adalah cara semula jadi mata untuk merembeskan air mata dan menyegarkan kembali mata yang mengalami kekeringan, merenung tepat tanpa berkelip meskipun untuk tempoh singkat, boleh menyebabkan mata menjadi kering dengan lebih cepat kerana lapisan nipis air pada mata akan terserap lebih pantas.


Sebanyak 14% responden, menyenaraikan kelab dan pub sebagai keadaan yang sering menyebabkan mata menjadi amat kering. Majoriti responden ini adalah mereka yang berada dalam lingkungan usia 18 hingga 29 tahun.

Maklum balas mereka ini sepadan dengan penyelidikan sebelum ini yang mengenal pasti asap termasuk asap daripada rokok menjadi satu faktor menyumbang kepada keadaan mata menjadi kering.



Selain itu, mereka yang sering menggunakan kapal terbang di kalangan responden itu turut menyenaraikan kabin pesawat sebagai persekitaran yang menjadi punca utama mata kering (7.5%). Keputusan ini tidak mengejutkan kerana meskipun wujud banyak faktor persekitaran dalam pesawat mampu menyumbang gejala mata tidak selesa terutama kepada penguna kanta lekap, penyelidikan terkini menunjukkan bahawa tahap kelembapan yang rendah dalam kabin berkemungkinan menjadi faktor utama mata menjadi tidak selesa. **

Paras kelembapan kira-kira 50% adalah tahap optimum untuk keselesaan mata dan secara perbandingan, kelembapan di gurun Sahara dan Arab adalah sekadar 20 hingga 25 %. ***

Tahap kelembapan dalam kabin kapal terbang bagi perjalanan jarak jauh serta penerbangan di altitud tinggi, sering menjadi begitu rendah dan ada kalanya hanya mencatatkan paras kelembapan 1%, menyebabkan mata menjadi kering, terutama di kalangan pengguna kanta lekap. ***


Responden turut menyenaraikan panggung wayang (5.4%) dan kompleks beli belah (2.2%) sebagai antara persekitaran yang menjadi punca mata menjadi kering.



Pengguna kanta lekap yang menggalami keadaan mata menjadi kering seharusnya memilih menitiskan titisan mata yang diformulakan untuk setiap keperluan penggunaan mereka, berbanding titisan mata biasa yang sebenarnya meningkatkan lagi tahap kekeringan mata.



AMO blink™ mengandungi sodium hyaluronate, bahan yang mencetuskan keadaan secara semula jadi pada lapisan mata untuk membantu melembap dan melincirkan mata kering pengguna kanta lekap. Tidak seperti produk titisan mata yang lain, blink™ menggunakan Ocupure™, yang bebas daripada bahan peroksida selain tidak menggunakan pengawet sensitif, dan oleh kerana ia boleh larut apabila terdedah kepada cahaya, ia menyebabkan mata berasa lebih segar dan bersih – serta tidak meninggalkan sebarang sisa cemar pada kanta lekap.

Tahukan Anda ?


Jika anda menaikkan kerusi di meja komputer supaya kedudukan anda lebih tinggi dan merenung ke bawah untuk melihat skrin komputer, anda mampu mengurangkan tahap pengeringan air mata kerana ia mengurangkan paras pendedahan kepada komputer. Langkah mudah untuk menjadikan mata anda berasa lebih selesa.


By Shanai

ARTICLES SOURE:www.putera.com