Thursday, July 31, 2008

DIABETES

Boleh cegah komplikasi



Sekiranya anda disahkan menghidap diabetes, segeralah mendapatkan rawatan yang betul untuk memastikan ia tidak menjadi lebih buruk.


SUNTIKAN hormon insulin diperlukan oleh pesakit diabetes mellitus jenis 1. - Gambar hiasan



DALAM penulisan kali ini, saya akan membincangkan secara lebih lanjut mengenai diagnosis, faktor-faktor risiko dan tentunya apakah langkah yang perlu dilakukan untuk merawat diabetes.

Merawat segera diabetes adalah sangat penting untuk memastikan tiada komplikasi lain terjadi akibat penyakit ini. Lebih buruk lagi, sekiranya seseorang pesakit turut menghidap ‘pakej’ penyakit lain termasuklah darah tinggi dan jantung.



Diagnosis

Diagnosis diabetes mellitus dibuat melalui ujian darah.

Paras glukos darah semasa puasa yang melebihi 7 mmol/L atau pada bila-bila masa melebihi 11.1 mmol/L merupakan paras yang dikategorikan sebagai diabetes mellitus.


Mereka yang mempunyai faktor risiko untuk mendapat diabetes dinasihatkan menjalani ujian darah dari semasa ke semasa walaupun mereka tidak mempunyai apa-apa tanda. Ini adalah kerana ada kemungkinan besar mereka menghidap penyakit ini walaupun tidak ada tanda-tanda.

Mereka yang tidak mempunyai faktor risiko juga dinasihatkan menjalani ujian darah kerana faktor usia di mana dengan peningkatan usia, risiko diabetes juga meningkat.



Faktor-faktor risiko

Faktor-faktor risiko penyakit ini termasuklah keturunan, kegemukan (obesiti) dan kurang aktiviti fizikal. Sejarah keluarga yang berpenyakit diabetes akan meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat penyakit ini.


Orang yang gemuk juga berisiko tinggi dan obesiti ditakrifkan sebagai indeks jisim tubuh (berat badan (kg)/ketinggian (m2)) melebihi 30 kg/m2 atau lilitan pinggang melebihi 80 sm (wanita) dan 90 sm (lelaki).

l Obesiti dan kurang aktiviti fizikal boleh mengakibatkan diabetes mellitus kerana menyebabkan rintangan insulin di mana insulin yang dikeluarkan oleh sel beta pankreas kurang berkesan untuk menurunkan paras glukos dalam darah.



Rawatan penyakit diabetes mellitus

Rawatan utama untuk penyakit diabetes mellitus jenis 1 adalah suntikan hormon insulin kerana insulin tidak dikeluarkan oleh sel beta pankreas.

Rawatan pertama bagi penyakit diabetes mellitus jenis 2 pula melibatkan perubahan gaya hidup pesakit, pemakanan yang betul dan sihat serta meningkatkan aktiviti fizikal seperti kerap bersenam.


Rawatan pemakanan dan aktiviti fizikal akan dibincangkan dalam rencana yang seterusnya.

Tujuan utama rawatan adalah untuk memastikan paras glukos darah kurang daripada 6 mmol/l sebelum makan dan kurang daripada 8 mmol/l selepas makan.

Sekiranya paras ini tidak tercapai, ubat-ubatan akan diberi. Ada beberapa jenis ubat-ubatan yang berkesan untuk menurunkan paras glukos darah seperti metformin, gliclazide, rosiglitazone, acarbose, repaglinide dan sitagliptin.


Sesetengah pesakit diabetes mellitus jenis 2 juga memerlukan suntikan hormon insulin kerana paras glukos darah tidak dapat dikawal dengan ubat-ubatan dan insulin digunakan bersama-sama dengan ubat-ubatan untuk mencapai tahap paras glukos darah yang terkawal.

Rawatan dengan ubat-ubatan dan insulin akan dibincangkan dalam rencana yang seterusnya.

Selain daripada kawalan paras glukos darah, pesakit diabetes mellitus jenis 2 juga mempunyai tekanan darah tinggi dan paras lemak darah yang tinggi.


Rawatan dengan ubat-ubatan untuk mencapai tahap tekanan darah dan paras lemak darah terkawal juga perlu untuk kebanyakan pesakit diabetes mellitus jenis 2. Ini kerana tekanan darah dan paras lemak darah yang tinggi juga boleh mengakibatkan komplikasi-komplikasi diabetes mellitus seperti serangan sakit jantung, strok dan kegagalan buah pinggang.



Kesimpulannya

Penyakit diabetes mellitus adalah satu penyakit yang semakin meningkat kerana masyarakat moden sekarang mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat.


Penyakit ini mengakibatkan banyak komplikasi-komplikasi yang serius tetapi komplikasi-komplikasi ini boleh dicegah sekiranya pesakit mengikuti rawatan yang betul.


ARTICLES SOURCE: http://www.kosmo.com.my

MICROSOFT

Perisian Microsoft murah



KUALA LUMPUR - Orang ramai berpeluang untuk memiliki perisian asli terbaru keluaran Microsoft iaitu Microsoft Office Home and Student 2007 dengan harga semurah RM199 melalui promosi yang bermula esok sehingga 31 September depan.


Lebih menarik, 100 pengunjung pertama yang mengunjungi ruang pameran Microsoft pada pameran Pikom PC Fair 2008 yang akan berlangsung selama tiga hari bermula esok di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bakal menikmati harga perisian tersebut dengan lebih murah iaitu RM99. Harga sebenar perisian tersebut RM499.


Pengarah Urusan Microsoft (M) Sdn. Bhd., Yasmin Mahmood berkata, harga RM199 untuk setiap perisian itu adalah yang termurah pernah ditawarkan kepada para pelanggan.


"Selepas tempoh promosi, anda masih boleh menikmati kadar potongan harga sehingga 40 peratus daripada harga pasaran sebenar untuk setiap perisian tersebut iaitu sekitar RM279," katanya di sini semalam.


Katanya, berbanding keluaran perisian sebelum ini, perisian terbaru tersebut mempunyai pelbagai fungsi termasuk Power Point serta perisian terbaru iaitu OneNote.


ARTICLES SOURCE: http://www.kosmo.com.my/

Wednesday, July 30, 2008

HARGA MINYAK DUNIA TURUN

Harga minyak dunia turun, kerajaan didesak tunaikan janji - Dr Hatta






Intan Abdullah
Tue | Jul 29, 08 | 5:04:53 pm MYT


KUALA LUMPUR, 29 Julai (Hrkh) - PAS mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) menurunkan harga minyak di negara ini selari dengan penurunan harga minyak dunia.


Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily pagi tadi, Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli meminta kerajaan agar bersikap lebih serius malah mengotakan janji mereka yang sebelum ini akan menurunkan harga minyak selari dengan perubahan harga minyak di peringkat antarabangsa.


"Kerajaan perlu mengotakan janji mereka, kerana sebelum ini Dato' Shahrir Samad sendiri pernah berjanji akan menurunkan harga minyak berdasarkan harga minyak dunia," ujarnya.

ImageMengulas perkembangan semasa,Dr Hatta berkata harga minyak di Singapura telah pun diturunkan beberapa kali dalam tahun ini namun, Malaysia yang berstatus negara pengeluar minyak atau negara Opec masih tidak mampu melaksanakannya.


Beliau menempelak kerajaan Malaysia yang masih tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa mereka serius membela masalah dan kebajikan rakyat.


"Ia merupakan suatu tamparan hebat kepada Malaysia kerana Singapura merupakan negara pengimport pun berusaha untuk menangani masalah rakyat mereka sedangkan kita sebagai negara pengeluar minyak tidak mempunyai apa-apa inisiatif bagi menjaga kepentingan rakyat," katanya.


Menurutnya, apa yang terjadi mencerminkan sikap kerajaan yang tidak prihatin malah langsung tidak mempedulikan nasib dan penderitaan rakyat.

"Kita lihat tiada inisiatif diambil pihak kerajaan dalam meringankan beban harga minyak dan inflasi tinggi yang ditanggung rakyat, tetapi masih berada di peringkat akan mengkaji harga minyak pasaran," katanya lagi.


Pada masa yang sama, beliau berkeyakinan bahawa harga minyak negara ini berpotensi untuk kembali kepada harga asalnya selari dengan penurunan harga minyak dunia yang semakin giat berlaku.

"Adalah tidak mustahil jika harga minyak kita boleh kembali seperti asalnya, sebab itu saranan Dato' Seri Anwar bahawa Pakatan Rakyat boleh menurunkan harga minyak sebaik memerintah.


"Jika singapura boleh melakukannya, kita sepatutnya lebih mampu menurunkannya," tegasnya.

Menurut laporan beberapa media di negara jiran tersebut, harga minyak petrol turun lagi semalam, sebanyak 10 sen setiap liter yakni penurunan terbesar sejak Ogos 2003 dan ia merupakan kali kelima harga minyak petrol turun dalam tempoh 20 hari.


Semalam, langkah tersebut dimulakan oleh Shell, yang kemudian diikuti Caltex, Singapore Petroleum Company (SPC) dan Mobil.

Dengan penurunan harga itu, harga minyak petrol sebelum ditolak diskaun di kedai minyak sekarang adalah $2.110 seliter bagi petrol oktana 98, $2.036 seliter bagi petrol oktana 95 dan $2.003 seliter bagi petrol oktana 92.


Harga minyak petrol premium sebelum ditolak diskaun pula adalah $2.239 seliter bagi Shell V-Power dan $2.236 seliter bagi Caltex Platinum.


Menurut para penganalisis, harga minyak petrol turun kebelakangan ini kerana kebimbangan tentang permintaan minyak semakin reda.

Harga minyak mentah mencecah paras AS$100 setong pada awal tahun ini, sebelum meningkat ke beberapa paras rekod akibat kebimbangan mengenai permintaan minyak yang terus bertambah ekoran ketegangan antara Barat dengan Iran mengenai program nuklear Teheran.

Ketidakstabilan di Nigeria, salah sebuah negara pengeluar minyak Afrika utama, turut menjadi faktor, kata para pemerhati.


Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Dowjones Newswires, harga minyak boleh jatuh ke paras AS$70 dan AS$80 setong jika dolar Amerika terus kukuh dan kebimbangan mengenai Iran berkurangan, kata ketua Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (Opec), Chakib Khelil, Sabtu lalu. - mks. _



ARTICLES SOURCE: http://www.harakahdaily.net/

NIK AZIZ

Karpal Singh perlu hormati Pas - Nik Aziz








GUA MUSANG - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) meminta Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya menghormati hasrat Pas untuk mengadakan muqabalah dengan UMNO.


"Karpal macam saya juga, usianya telah tua, dan kita hormati dia, maka dia pula perlu menghormati kita," katanya kepada pemberita di sini semalam ketika diminta mengulas kenyataan pemimpin DAP itu yang mahu supaya kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat dikaji semula kerana menganggap perbincangan Pas dengan UMNO boleh menggugat perpaduan dalam pakatan itu yang turut melibatkan Parti Keadilan Rakyat.


Nik Aziz berkata. Karpal sepatutnya memahami mengenai muqabalah yang merupakan perbincangan bersemuka antara Pas dan UMNO kerana pengalaman politiknya yang lama dan untuk menjaga kepentingan bersama antara Pakatan Rakyat.


Beliau juga berkata, isu muqabalah antara Pas dan UMNO itu tidak akan diperjelaskan kepada Karpal kerana perkara itu pernah dibincangkan dengan pemimpin DAP itu sebelum ini.


"Saya tak nak komen, lagi pun dalam dua, tiga minggu dulu saya dah tutup fail menyentuh perkara itu yang membabitkan saya dengan Karpal," katanya. - Bernama



ARTICLES SOURCE: http://www.kosmo.com.my

Monday, July 28, 2008

PETUA KEBAHAGIAAN

Bagaimana petua org tua2 dpt membantu kita membina rumahtangga yg harmoni serta penuh kasih sayang.InsyaAllah, dipermudahkan kita oleh NYA mendapat petunjuk dan jalan.

Begitu juga membasuh pakaian, kalau dapat, memang sekarang rasanya 95% dari kita semua ada mesin basuh,ok tak apa suruh maid basuh baju kita, tapi yg 'kecik'2 terutama kita punya dan suami tu, sebaik2nya kita basuh sendiri. Sedapat mungkin bila kain baju sudah dibasuh dan siap diangkat, masa melipat pun,kita pilih yg patut kita lipat dan uruskan sendiri.(ada rahsia tu).

Juga bilik. Bilik tidur kita sepatutnya adalah kawasan larangan terutama kpd penbantu rumah. NO ENTRY !!!!. Apa pun yg ada didlmnya adalah hanya dlm pengetahuan kita dan suami.Terutama tempat tidur (katil), minta sangatlah kita yg bergelar ISTERI ini yg mengemasnya.Usah sesekali dibiarkan pembantu yg menguruskannya.(ada rahsia tu)



APA RAHSIA NYA???

AIR TANGAN!!!!itulah rahsianya, air tangan kita sebagai isteri dan sebagai ibu. Tak ada cara yg saintifik yg mampu menjelaskan kehebatan serta 'powernya' air tangan seorg ibu dan isteri itu terhadap keluarganya, tapi dapat dijelaskan melalui kaedah rohaniah. Kalau kita masih keliru dan kurang yakin, cuba kita fikir (bagi yg merantau selalunya terasa sangat), kita sering teringat masakan ibu,kemana pun kita pergi dan bertemu dgn masakan yg serupa, namun rasanya masih tidak dapat menyamai dari apa yg terhidang hasil 'air tangan ibu'. Walaupun sekadar mee maggie!!!.


Begitu juga memberi makan anak, suapan kemulut anak dgn tangan kita itu membawa banyak kesan yg akan hanya kita nikmati 10 - 15 thn akan datangnya. Bila anak2 sudah pandai bergaul sendiri, sudah tahu memilih teman, kebanyakan mereka 'kurang mendengar' apa yg kita ibu bapa pesan dan ingatkan, namun baraqah dari 'air tangan' (usaha ibu bersusah payah mendidik dan menyediakan keperluan anak2) sedikit sebanyak, kalau pun anak2 itu ingin mengikut 'kehendak sendiri' namun dia, Insya Allah pada akhirnya akan tetap mencari 'restu siibu' dlm hidupnya. Pecayalah.


Tak dapat lakukan sepanjang hari kerana kita bekerja, mungkin pada sebelah malamnya kita dapat lakukan,sekurang2nya sekali sehari pun memadai, kalau dapat selalu lebih baik lagi. Sebab dgn suapan kita itu sambil kita berdoa ' air tangan' yg masuk keperut anak, Insya Allah akan membentuk darah daging yg baik,berkat doa dan tangan ibu.


Kebajikan Suami juga, kenapa harus biarkan pembantu yg beriya2 menggosok baju dan seluarnya, melipat pakaian dlmnya. Kita isteri, sentuhan kita pada brg2 suami sebenarnya ada 'roh' nya, jika 'roh' itu sentiasa di belai oleh org lain.apa akan jadi, sudah pasti daya tarikan itu beralih arah. Tu sebab kadangkala terjadi suami yg segak kacak dan tampan serta isteri yg jelita, bekerjaya hebat serta pandai pun, bermadu dan madu nya pula hanya seorg pembantu rumah yg rupanya alahai... (ni bukan kes menghina fitrah rupa manusia yg dijadikan Allah swt, ini kes nak menunjukkan bahawa si isteri jelita pun, kalau kurang beri perhatian dan belaian suami boleh berubah angin!!!).


Jadi berhati2lah dlm mengizinkan org lain menguruskan barangan / kebajikan suami. Begitu juga dlm hal makan minum, kan sudah dipesan org tua bahawa nak jaga suami jaga perutnya terlebih dahulu. Dan antara dua lututnya... (syahwatnya). Insya Allah, suami sentiasa sayang dan merindui kita.

Bayangkan suami balik dari kerja, sudahlah lapan jam diluar, makan mungkin beli di kedai, dah tentu org masak. Balik kerumah pun kita minta 'sunarti' buatkan air???. So bila masa kita dapat 'belai roh' suami agar dekat dgn kita??? Jadi
kalau setakat secawan / seteko air, tolonglah buat sendiri.
Penat usah cerita, semua kita penat, samada bekerjaya diluar atau sekadar surirumah. Namun itulah salah satu cari beribu2 cara yg boleh diguna pakai. Yg kadangkala kita anggap remeh serta tak masuk akal.


Lagi satu bab pakaian kecik, kalau org moden2 sekarang mungkin dia rasa ... apalah mana ade logik, tapi cuba kita lihat org tua dulu2 kat mana agaknya dia sorok pakaian dlm dia ya? Tak kan tak pakai pula kan, tapi kalau mereka basuh pun mereka sidai dlm satu tempat
khas jauh dari penglihatan org lain. Masa saya kecik2 dulu, nenek sidai pakaian dlm dia, dibelakang rumah, dlm satu ruang yg berpagarkan mata punai dan terbuka (berangin) so, semua yg kecil2 (pakaian dlm) nenek sidai disin, jauh dari penglihatan org ramai yg lalu lalang. Sampai hari ini ibu juga sidai pakaian dlm berasingan dgn baju2 lainnya.



Berbanding kita sekarang, sidai pakaian dlm,bergayutan diampaian dan kalau duduk apartment lagiseronok, sidai di ruang yg menghadap kejalan raya lagi... semua mata boleh memandang. Sorok2lah sikit...malu org tenguk...tak boleh bagi alasan tak ade ruang cuba adjust, ... kita buat diakan, bukan dia yg buat kita. Pakaian dlm ini (maaf TM kena berterus terang sikit... tapi rasanya masih bahasa yg berlapik) bekas kita 'menyorokkan' aurat (bahagia sulit) kita suami isteri. Sekali lagi, sebaik2nya dijaga / diurus hanya oleh siisteri. Usah sekali2 membiarkan maid / pembantu membasuh (walau guna mesih) dan menyidai lalu melipatkannya. Bukan payah sangat pun, saiznya pun kecik2 saja ye tak...kenapa musti bagi org lain 'menguruskannya'???


Dan ini yg paling penting, bisik nenek ketelinga, "bilik tidur kamu ibaratkan tubuh kamu sendiri, usah dibiarkan orang lain menyentuhnya sewenang2, rahsia suami isteri ada didlmnya terutama di katil (ranjang). Jadi usahankan sedapat mungkin tangan sendiri yg mengemasnya!!!. Betul juga tu, bukankah saban malam kita bersama suami baring disitu, 'bersama' juga disitu, justeru 'roh' yg ada pada nya hanyalah antara suami dan isteri, peliharalah 'keserasian dan hubungan mesra antara keduanya agar kekal sampai bila2.





articles source: http://www.uitm.edu.my

Friday, July 25, 2008

SEBAB ANDA TIDAK PRODUKTIF

5 SEBAB KENAPA ANDA TIDAK PRODUKTIF




Tidak kira jika anda seorang blogger, internet marketer ataupun kerani, produktiviti merupakan satu faktor penting dalam kehidupan seharian. Tanya diri anda, pernahkah anda merasakan seperti tidak kira bagaimana sekalipun anda seperti tidak dapat menyiapkan sesuatu perkara dengan teratur. Pendek kata, anda rasa seperti anda adalah seorang yang tidak poduktif.


Mengecewakan, bukan? Sebaiknya, bertindak serta-merta agar pekerjaan yang anda lakukan tidak menjadi sia-sia, lebih-lebih lagi jika anda seorang blogger. Seorang blogger harus menjadi seorang yang produktif jika anda inginkan kejayaan buat jangka masa panjang. Produktiviti boleh menjadi suatu perkara yang amat susah dicapai walaupun anda berada dihadapan majikan apatah lagi jika anda bekerja di rumah dan tiada siapa yang akan mengawal jadual anda.


Apa yang anda perlu lakukan ialah kenal pasti masalah anda. Di sini saya kongsi bersama 5 sebab yang biasa menjadi punca kepada sikap tidak produktif:


Sebab 1: Anda Benci Apa yang Anda Lakukan

Jika anda tidak mempunyai minat yang mendalam terhadap apa yang anda lakukan, maka sesuatu pekerjaan itu akan menjadi satu cabaran jika tidak beban yang berat. Anda akan memandang pekerjaan anda itu sebagai satu tugasan. Dengan itu, anda akan sentiasa dibayangi perasaan malas dan segala yang anda lakukan tidak akan menjadi hasil yang terbaik.


Sebab 2: Anda Silap Dalam Menentukan Apa yang Penting dan Apa yang Tidak

Dalam hal ini, anda mungkin boleh jadi sibuk bekerja sehari suntuk, namun hasilnya tidak seberapa. Kenapa? Ini kerana anda silap dalam menentukan perihal yang penting dengan perihal yang tidak. Dengan erti kata lain, anda menggunakan masa anda untuk melakukan kerja yang sia-sia di mana pada masa yang sama anda sepatutnya menumpukan perhatian kepada benda lain yang lebih memerlukan perhatian anda. Ini berkaitan juga dengan pengurusan masa. Ianya penting jika anda mahu menjadi lebih produktif.


Sebab 3: Anda Mudah Hilang Tumpuan

Ini bergantung kepada keupayaan anda dalam menumpukan perhatian pada sesuatu perkara. Jika anda merupakan seseorang yang mudah hilang tumpuan, cuba jauhkan diri anda daripada elemen-elemen yang boleh mengganggu tumpuan anda. Contohnya, jangan cuba menulis blog anda dihadapan tv yang sedang terpasang. Ataupun matikan telefon bimbit anda agar sms yang datang tidak akan mengganggu. Ini memerlukan kekuatan dalam diri sendiri dan juga disiplin. Jika anda tidak boleh mengatasi masalah ini, bermakna anda akan berhadapan dengan masalah besar buat jangka masa panjang.


Sebab 4: Terlalu Banyak Masa ‘Rehat’

Bagi kebanyakan pekerja di pejabat, dari masa ke semasa mereka akan berhenti membuat kerja dan ambil sedikit masa untuk berehat, berbual, buat air kopi ataupun keluar sebentar untuk merokok dan sebagainya. Kerana ada majikan yang memerhati, mereka tidak boleh sewenang-wenangnya berehat terlalu lama. Namun, jika anda bekerja sendiri ataupun bekerja di rumah, tiada sesiapa yang akan memerhatikan atau memarahi anda jika anda berehat terlalu lama. Jangan salah faham, tidak salah bagi anda untuk berehat. Tetapi, perlu ada hadnya.


Sebab 5: Gaya Hidup Anda Tidak Sihat

Anda barangkali menjalani gaya hidup yang tidak sihat seperti keluar sehingga lewat malam dan tidak mendapat tidur yang cukup. Walaupun anda bekerja sendiri, tidur yang cukup dan kesihatan tetap penting. Memang benar anda boleh mula bekerja bila-bila anda suka dan jika anda rasa tidak sihat sekalipun, anda mungkin fikir ianya tidak mengapa kerana anda boleh tetap bekerja dengan laptop anda di atas katil. Tapi anda perlu ingat, kesihatan dan kesegaran tubuh badan berkait rapat dengan minda kita. Jika badan kita tidak sihat, otak kita tidak cergas. Dan sebagai seorang blogger, otak yang cergas merupakan satu aset yang amat berharga.


ARTICLES SOURCE: http://www.sarahiduponline.com/

Sunday, July 20, 2008

KERACUNAN MAKANAN

Apakah Keracunan Makanan?


Keracunan Makanan adalah keadaan di mana seseorang itu mengalami

  • Loya dan muntah

  • Memulas dan sakit perut

  • Cirit-birit

  • Kadangkala demam dan kesejukan

Bilakah Gejala-Gejala Ini Timbul

Biasanya gejala-gejala ini timbul beberapa jam selepas makan makanan yang tercemar (beracun) atau beberapa hari kemudiannya.

Gejala yang dialami berbeza dari seseorang ke seorang yang lain bergantung kepada

  • Ketahanan seseorang

  • Jenis racun

  • Jumlah racun yang termakan

  • Umur seseorang

Apakah Punca Keracunan Makanan ?

Punca utama ialah makan makanan yang

  • Mengandungi toksin atau racun semulajadi seperti setengah jenis kulat, cendawan, makanan laut (“shell-fish”) dan sebagainya.

  • Tercemar oleh kuman yang merbahaya

  • Tercemar oleh bahan-bahan kimia

  • Tercemar oleh lalat, habuk dan sebagainya

Bagaimana Cara Jangkitan?

  • Penjaja/penjual tidak menghirau kebersihan diri dan juga kebersihan gerainya

  • Penjaja/penjual tidak mengamalkan kebersihan ketika menyediakan makanan

  • Menjamah makanan dengan tangan yang kotor

  • Penjaja/penjual mendedahkan makanan kepada lalat, habuk dan sebagainya

  • Pengguna tidak peduli tentang kebersihan makanan yang dibeli


Bolehkah Masalah Ini Diatasi?

Masalah ini boleh diatasi jika kita semua sebagai pengguna, menuntut hak-hak kita untuk

  • Memilih makanan yang dijual oleh penjual yang mengamalkan kebersihan

  • Menjauhi gerai-gerai yang kotor dan tidak mengikut peraturan kebersihan

  • Mendapatkan sokongan dan kerjasama kawan dan saudara mara supaya menjauhi dari membeli makanan dari gerai yang kotor

  • Menegur penjual yang tidak mengamalkan kebersihan

  • Melaporkan penjaja/peniaga yang kotor kepada Pejabat Kesihatan/Majlis Bandaran


Bolehkan Keracunan Makanan Berlaku Di Rumah?

Ya …………..

Jika tidak mengikut amalan-amalan kebersihan semasa menyedia, menyimpan, menghidang dan juga semasa makan makanan

  • Patuhi amalan-amalan yang baik untuk mencegah keracunan makanan seperti :

  • Basuh tangan selepas ke tandas dan sebelum mengendali, menyedia dan menyentuh makanan

  • Jangan ambil makanan dengan tangan. Gunakanlah penceduk, garpu, sudu atau penyepit yang bersih

  • Gunakanlah alat-alat yang bersih untuk menyediakan makanan. Jangan gunakan alat-alat yang sama bagi makanan mentah dan yang dimasak

  • Simpan atau tudung makanan supaya terlindung dari lalat, serangga dan habuk

  • Simpan semua bahan makanan yang mudah rosak seperti daging, ikan, ayam, sayur dan susu di dalam peti sejuk sehingga diperlukan. Jika tidak mempunyai peti sejuk, sebaik-baiknya beli bahan makanan untuk keperluan hari itu sahaja.


JIKA TERJADI KERACUNAN MAKANAN KEPADA ANDA ATAU KELUARGA ANDA

  • Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan

  • Simpan makanan yang disyaki menyebabkan keracunan, supaya pihak kakitangan kesihatan dapat membuat kajian selanjutnya.

  • Pastikan orang lain tidak makan makanan tersebut

  • Laporkan semua kejadian keracunan di Pejabat Kesihatan atau Pusat Kesihatan yang berhampiran dengan segera.


ARTICLES SOURCE: http://www.infosihat.gov.my

Thursday, July 17, 2008

SPAM

Spam masalah sosial

Emel spam boleh terdiri daripada emel-emel berbaur politik sehinggalah penjualan produk seperti tawaran pembesaran payu dara.


Sebuah laman web di New York (tinyurl.com/ysgyow) mencadangkan terdapat lebih daripada 170 bilion emel yang dihantar setiap hari di dunia.

Daripada berbilion-bilion emel itu, kebanyakannya ialah emel 'spam' iaitu antara 100 bilion dan 150 bilion. Ini bermakna, jika setiap manusia di bumi berada dalam talian, semua orang bakal mendapat emel spam yang mencukupi. Bahkan, bayi yang baru lahir boleh mendapat 20 emel spam.


Spam adalah emel yang dihantar ke akaun emel orang lain yang anda tidak kenali atau mereka tidak mengenali anda, untuk membuat promosi bagi sesuatu program wang, mempromosi produk jualan anda atau dalam bahasa yang mudah, emel yang tidak diperlukan. Itu adalah maksud yg mudah.


Data ini menunjukkan bahawa spam lebih daripada masalah teknologi. Rawatan dan solusinya sebenarnya terletak pada manusia dan masyarakat. Apakah hukuman yang selayaknya bagi pengirim emel spam? Ia mestilah tegas tetapi tidak mungkin hukuman mati kerana tiada justifikasi untuk yang sedemikian.


Cukupkah dengan melihat spam melibatkan tindakan politik dan ekonomi?

Spam haruslah kelihatan tidak menguntungkan.

Seorang penganalisis daripada agensi berita Guardian menyatakan, yang membuatkan aktiviti mengirim emel spam menarik kepada penjenayah siber ialah tiada kos dan risiko yang rendah. Justeru, mungkinkah solusi yang lebih baik ialah dengan mengenakan bayaran?


Bagi spam sejati, ia juga mungkin membawa maksud caj mikro seperti 'cap' emel. Menurut penganalisis tersebut, mekanisme ini buat pertama kali telah dicadangkan oleh tokoh perisian Kanada, Tim Bray.


Katanya, mekanisme ini memerlukan pengendalian berpusat satu kuasa besar seperti bersaiz kerajaan sebuah negara atau Google atau Microsoft. Ia berfungsi dengan meletakan pada setiap emel yang dihantar satu jenis 'pengecapan digital' yang mengesahkan bahawa emel yang dihantar adalah dikehendaki oleh penerimanya dan kandungannya tidak mendatangkan marah.


Pengesahan ini akan memerlukan kos. Ia perlu kelihatan bernilai seperti mana sijil tersebut menunjukkan bahawa emel itu bukan emel sampah, picisan iaitu spam. Bagaimanapun, meski satu emel yang dihantar dikenakan bayaran satu sen pun, ia tetap membawa masalah yang lain.


Apabila sistem seperti ini digunapakai, internet tidak akan menjadi terbuka kepada sesiapa jua dan mana-mana ISP hanya menerima emel yang berbayar.

Tentu sekali solusi ini tidak sempurna. Yang paling sukar tentunya orang yang miskin. Satu sen semesej tetap satu kos yang membebankan.


Namun, persoalan utamanya bukanlah antara emel percuma dan emel bayar, atau antara internet terbuka dan internet tertutup. Ia adalah antara membayar untuk suatu tindakan tidak efisien atau yang lebih efisien.


Meletakkan keseimbangan antara kos dan risiko mungkin dapat menghapuskan jenis-jenis spam terutama melibatkan penjualan barangan yang hanya segelintir mampu membelinya. Ia tidak akan membawa banyak kebaikan dan jika silap gaya kerana 'hukuman' yang kurang 'menyakitkan', akhirnya serangan scam dan aktiviti phishing pula yang berlaku.

Mengirim dan membuang scam bukan sahaja masalah spam. Sesetengah orang mengeluarkan wang tanpa mengetahui ia scam, tetapi akhirnya mendapati ia merupakan satu pembohongan yang amat besar. Menghentikan mereka memerlukan tindakan daripada pihak-pihak yang terlibat.


Justeru, spam secara asasnya ialah masalah sosial, bukan masalah teknologi. Tidak ada teknologi pintar yang boleh menghentikannya selagi terdapat bilangan signifikan manusia di luar sana yang dilihat seperti mahukan emel spam.


BBC melaporkan, menurut satu tinjauan yang dikendalikan oleh firma sekuriti Mirapoint dan syarikat kajian pasaran Radicati Group, hampir sepertiga pengguna emel mengklik pada link yang diberikan mesej spam.


Menurut satu sumber di laman IEEE Computer Society, pada tahun 2003, spam membuatkan syarikat-syarikat di Amerika Syarikat hilang produktiviti bernilai AS$10 bilion (RM32 bilion). Satu sumber yang lain pula menyatakan, spam menyebarkan virus dan menjadi penceroboh utama sesebuah rangkaian.


Walaupun kebanyakan melihat spam lebih kepada masalah peribadi, ia tidak syak lagi merupakan masalah sosial yang memerlukan tindakan masyarakat keseluruhannya.


articles source: http://www.kosmo.com.my



Monday, July 14, 2008

JIMAT MINYAK

Tip-tip atau petua-petua bagaimana nak Jimat minyak


  • Isi minyak sebelah malam, apabila cuaca sudah sejuk. Dikatakan isi minyak pada waktu malam, kurang gas dalam petrol atau diesel. Kandungan gas dikatakan banyak pada waktu siang yang panas, di mana setiap liter yang di isi pengguna akan rugi sebab haba petrol bercampur lebihan gas dalam kandungannya. Benar atau tidak berdasarkan pengalaman sendiri. Memang benar. Ada perbezaannya. Penggunaan petrol lebih lama bertahan jika di isi pada waktu malam.

  • Isikan minyak sehingga tangki penuh. Minyak atau petrol cepat habis jika ruang tangki banyak yang kosong. Benarnya tips ini memang ada. Minyak atau petrol akan meruap. Semakin besar ruang semakin banyak minyak atau petrol meruap. Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh enjin. Dicadangkan juga penuhkan semula tangki apabila tangki separuh kosong. Jangan tunggu sehingga meter pada tanda "E" baru diisi. Semakin banyak ruang kosong semakin banyak petrol meruap, maka lebih cepat habis.

  • Bawa kereta dalam kelajuan yang tetap. Tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. 70 – 90 km sejam adalah bersesuaian. Pastikan anda mematuhi had laju dan pandu pada lorong yang sesuai. Semakin laju kereta, semakin minyak digunakan. Pandu secara perlahan pula menyebabkan beban pada kereta. Ini menyebabkan enjin tertekan dan menyebabkan banyak minyak digunakan.

  • Patuhi jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaan anda. Enjin yang diselenggara akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan. Pada jangka masa yang tetap, gunakan bahan rawatan petrol. Ini bertujuan untuk cucian pada injap minyak agar tidak tersumbat. Pastikan penapis petrol diperiksa atau ditukarkan apabila perlu.

  • Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkan pada model kereta dan jenis tayar yang digunakan. Seminggu sekali periksa tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik memastikan cengkaman tayar yang sesuai dan pada jumlah jarak yang jauh nyata menjimatkan minyak.

  • Kereta sesuai untuk perjalanan yang jauh. Jika tempat yang dituju boleh berjalan kaki atau berbasikal, adalah baik melakukannya. Banyak minyak boleh dijimatkan tetapi keselamatan penting jika jalan dilalui gelap, sunyi dan diragui keselamatannya adalah lebih baik bawa kereta.

  • Jika boleh kurangkan penggunaan penghawa dingin. Perjalanan pagi atau malam yang sejuk tidak perlu penghawa dingin. Buka tingkap sedikit dan biarkan angin luar masuk. Awas jangan buka tingkap terlalu luas sehingga tangan dari luar boleh mencapain ke dalam dengan mudah.

  • Kurangkan beban kereta. Barang-barang yang tidak perlu dalam kereta perlu dikeluarkan. Semakin banyak beban semakin banyak tenaga dan minyak digunakan.

  • Pemanasan enjin selama 30 saat. Panaskan enjin selama 30 saat sahaja. Enjin kereta panas lebih berkesan semasa kereta bergerak. Memanaskan enjin lebih 30 saat bukan sahaja membazir minyak tetapi boleh merosakkan enjin kerana pelinciran enjin lebih berkesan ketika kereta bergerak (maklumat dari PERSATUAN PENGGUNA P.PINANG – CAP)

  • Elakkan menunggu . Sekiranya anda terpaksa menunggu seseorang di dalam kereta, matikan enjin. Lebih murah untuk menghidupkan semula enjin daripada menunggu 1 minit di dalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup.

  • Elakkan menggunakan gear rendah. Cuba kekalkan halaju kereta lebih daripada 35 km/jam. Langkah gear dari gear 1 terus ke gear 3 atau 4 ketika kereta menuruni bukit atau melalui jalan rata. Tukar gear secepat mungkin ketika menaiki bukit. Apabila memandu secara automatik, tingkatkan halaju anda dengan segera. Jangan andaikan bahawa anda perlu memandu di lebuhraya sahaja untuk menggunakan gear 5. Seboleh-bolehnya pandu dengan gear 5 di mana sahaja walaupun berada di dalam jalan yang kecil.


ARTICLES SOURCE: http://www.rebetminyak.com

Saturday, July 12, 2008

GOOGLE ADSENSE

10 KESILAPAN PEMILIK LAMAN WEB BERKENAAN ADSENSE



Google Adsense sememangnya satu program pengiklanan internet yang amat popular serta merupakan sumber pendapatan ramai pemilik laman web. Walaubagaimanapun, ramai juga yang lupa bahawa Google Adsense mempunyai peraturan yang jika diabaikan dan dilanggar, boleh memakan diri sekaligus membuatkan nama dipadam dari program ini.

Di sini, saya akan senaraikan 10 kesilapan yang biasa dilakukan oleh pemilik laman web dengan Adsense mereka yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada sumber pendapatan mereka sendiri. Percayalah, jika saya boleh nampak akan kesilapan-kesilapan ini, apatah lagi Google!

  1. Jangan sekali-kali klik pada iklan adsense anda ataupun menyuruh rakan-rakan untuk klik untuk anda. Ini merupakan kesilapan yang paling kerap dilakukan. Pastikan keluarga anda turut tidak klik pada iklan-iklan ini demi untuk meningkatkan pendapatan anda. Ini akan membuatkan akaun anda digantung dan dihapuskan. Juga jangan cuba-cuba untuk menawarkan insentif pada pengguna untuk klik pada iklan tersebut ataupun menggunakan alat yang mengklik secara automatik. Adsense sememangnya pakar dalam mengesan klik-klik palsu. Jika anda mahu meninjau iklan pada laman anda, guna alat Google Preview yang disediakan.

  2. Jangan cuba tukar kod Adsense. Google sudah sedia menawarkan kemudahan untuk menukar warna, latar belakang, garis tepi dan sebagainya untuk anda manfaatkan, oleh itu, tidak perlu bagi anda untuk cuba menukar kod yang sedia ada. Jangan fikir Google tidak akan menyedari jika anda menukar kod mereka.

  3. Jangan tempatkan lebih dari 3 unit iklan dan 1 link iklan ataupun 2 kotak carian adsense di dalam mana-mana laman. Lagipun, iklan-iklan ini tidak akan muncul jika kuota ini dilangkaui.

  4. Jangan tempatkan iklan teks ataupun servis carian dari syarikat saingan yang serupa dengan Google Adsense di laman yang sama. Juga jangan sekali-kali guna servis carian dari syarikat saingan Google di dalam laman yang sama. Walaubagaimanapun, program affiliate dibenarkan.

  5. Jangan beri apa-apa maklumat berkenaan akaun anda seperti maklumat CTR, CPM dan potensi keuntungan yang boleh didapati melalui sesebuah unit iklan. Maklumat-maklumat seperti ini hanya ditawarkan oleh Google kepada pemilik-pemilik akaun. Walaubagaimanapun, jika anda mahu beritahu orang ramai tentang jumlah keuntungan yang anda perolehi, terpulanglah.

  6. Label iklan-iklan anda sebagai “sponsored links” ataupun “advertisements” sahaja. Label-label lain tidak dibenarkan.

  7. Jangan guna tetapan di mana laman baru akan keluar setiap kali iklan anda diklik. Iklan-iklan adsense sepatutnya dipaparkan pada laman yang sama. Anda mungkin menggunakan tag untuk memaparkan semua link-link di laman baru sebagai “default”. Betulkan tetapan ini kerana Google tidak membenarkan iklan-iklan mereka dipaparkan di laman baru.

  8. Satu akaun sudah memadai untuk lebih dari satu laman web. Anda tidak perlu mendaftar 3 akaun untuk 3 laman web yang berbeza. Tambahan pula, jika satu akaun anda dihapuskan, Google akan memastikan semua akaun anda turut terpadam sebaik sahaja mereka mengesan akaun-akaun tersebut.

  9. Tempatkan iklan hanya di laman-laman yang berunsurkan maklumat atau lebih dikenali sebagai “Content Pages”. Pemilik iklan hanya membayar untuk laman-laman seperti ini. Tambahan pula, dengan adanya isi kandungan ini ia membantu iklan-iklan yang relevan untuk dipaparkan.

  10. Jangan sekali-kali hantar iklan-iklan anda melalui email. Email berbentuk HTML sememangnya kelihatan cantik dan membenarkan iklan berasaskan javascript. Namun, cara ini dilarang keras oleh Google.

ARTICLES SOURCE: http://www.sarahiduponline.com

Tuesday, July 8, 2008

BLOG

Pengendali blog turut sebar fitnah - Abdullah



KUALA LUMPUR 7 Julai - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pengendali blog turut bertanggungjawab menyebarkan cerita-cerita pembohongan sehingga menyebabkan suasana politik negara diselubungi fitnah.



Sehubungan itu, Abdullah mengingatkan mereka agar berhenti berbuat demikian.

''Mereka (pengendali blog) juga bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Tindakan terbaik mereka adalah berhenti (daripada menyebarkan fitnah)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.






Beliau mengulas tindakan ahli-ahli politik yang saling menuduh sekarang ekoran penyebaran fitnah yang berleluasa di negara ini.


Terdahulu, beliau bersama Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono merasmikan pelancaran Kumpulan Tokoh- Tokoh Terkemuka (EPG) Malaysia dan Indonesia di sini hari ini.


Bagaimanapun, Abdullah tidak menjelaskan bentuk tindakan yang akan diambil terhadap pengendali blog yang menyebarkan fitnah.


''Kebenaran akan terserlah. Apabila kebenaran muncul, semua fitnah tersebut akan berhenti,'' kata Perdana Menteri.



articles source: http://www.utusan.com.my

Monday, July 7, 2008

TIPS ADSENSE

10 TIPS ADSENSE





1) Anda harus buat iklan adsense anda kelihatan seperti sebahagian daripada laman web anda. Orang selalunya mempunyai persepsi negatif terhadap iklan. Mereka anda cari di Internet bagi kandungan yang bukan iklan. Terutamanya banner, kerana ianya memperolehi kadar respons kurang daripada 0.5%. Bayangkan jika anda mempunyai iklan adasense yang kelihatan seperti banner dan mempunyai warna latar yang sangat berbeza dengan laman web anda. Ia tidak akan menjana pendapatan langsung.


2) Iklan teks adalah lebih bagus daripada iklan bergambar. Seperti dahulu, orang akan lebih memberikan respons kepada teks dari gambar. Dalam erti kata lain, ini dikira sebagai sebahagian daripada dokumen online dan lebih senang untuk diklik.


3) Iklan yang tiada border. Satu cara yang paling bagus ialah dengan membuangkan border tersebut dan menggantikannya dengan border yang mempunyai warna yang sama dengan latar laman web anda.

4) Jangan ada iklan yang lain. Sebab pertama adalah sebagai menuruti syarat Google, dan sebab kedua yang lebih difahami ialah, anda tidak mahu mengganggu perhatian pengunjung anda dan klik pada iklan lain tanpa menghiraukan iklan anda.

5) Kedudukannya. Walaupun anda mempunyai iklan yang paling terbaik, orang tidak akan dapat memberikan respons jikalau mereka tidak dapat menjumpainya serta-merta. Tempat terbaik meletak iklan adsense anda ialah dibahagian paling atas laman web anda dan seterusnya adalah diantara teks anda. Pelawat akan klik ia lebih kerap kerana ia kelihatan seolah teks anda.


6) Trafik. Cuba gunakan cara mendapatkan trafik yang sah. Sesetengah orang menggunakan Google Adwords dan enjin carian pay per click. Apa yang penting disini ialah untuk mencari berhati-hati keperluan dan keyword yang betul dalam usaha menjadikan kempen anda menguntungkan. Cara lain ialah teknik kepopularan link seperti direktori pertukaran link, software dan juga teknik mass blog submission. Jangan gunakan link farm atau yang sama dengannya kerana algorithm enjin carian sangat bijak mengesan dan akan menutup laman web anda sekiranya anda menggunakannya.


7) Jangan bergantung dengan satu laman web. Benar anda boleh mengaut keuntungan melalui satu laman web, tapi cuba untuk mendapat sebanyak yang anda boleh.


8) Isi kandungan yand relevan adalah paling penting. Artikel dan rencana adalah taktik yang paling bagus untuk membina laman web yang besar yang akan disemak oleh robot enjin carian. Jangan lupa yang enjin carian wujud untuk mendapatkan kandungan yang berkaitan pada mulanya.


9) Gunakan site map. Google site map mengunjungi laman web anda lebih awal daripada submission proses yang lain. Informasi lain boleh diperolehi disini,




http://www.google.com/webmasters/sitemaps


10) Iklan berkaitan. Satu dari faktor utama bagi kejayaan Adsense. Jika sekiranya pengguna Internet tidak dapat menjumpai iklan yang berkaitan didalam laman web anda, mereka tidak akan mengklik iklan tersebut. Ini adalah penting bagi membina satu sumber yang berkaitan untuk laman web anda. Untuk membuat demikian, anda mesti mengikuti langkah berikut.



Pertama fail mestilah disimpan dengan nama yang bersesuaian, contohnya seperti: masakanmelayu.html sekiranya rencana anda mengenai masakan Melayu. Laman web anda akan jadi seperti,
www.namalamanwebanda.com/masakanmelayu.html


Kedua yang anda harus ubah ialah tag tajuk anda. Contohnya:
Rencana Masakan Melayu


Ketiga ialah headingnya. Ayat pertama mesti mempunyai seperti heading ini:
5 Masakan Melayu kegemaran saya


ARTICLES SOURCE: http://www.sarahiduponline.com

Sunday, July 6, 2008

GOOGLE ADSENSE

LAMAN WEB/BLOG DENGAN GOOGLE ADSENSE


DAPAT DUIT DENGAN ADSENSE

1. Daftar dengan google adsense dan buka akaun adsense. Ianya adalah percuma

2. Apabila di luluskan anda akan diberi kod adsense. Kelulusan terletak kepada pihak admin google. Saya sendiri dalam masa 2 hari baru dapat kelulusan.

3. Masukkan kod adsense dalam lawan web/blog anda.

4. Pastikan anda tidak mengklik sendiri iklan anda kerana google akan menutup akaun anda.

5. Dapatkan trafik sebanyak yang mungkin.

6. Pastikan lawan web/blog berada di dalam engin carian samada di google, yahoo ataupun MSN.


Itu dulu untuk info hari ini. Nanti ada masa saya sambung lagi.

Saturday, July 5, 2008

TIPS TAMBAH TRAFIK KE BLOG

Terdapat banyak faktor yang membuatkan blog lebih produktif daripada laman web biasa. Antaranya ialah kepantasan sesebuah blog diindeks dan kemudahan untuk mendaftarkan blog di direktori-direktori, kebolehan untuk ping dan sebagainya. Semua ini boleh membantu pemilik blog untuk mendapatkan trafik lebih ke blog mereka. Dan di sini saya senaraikan tips-tips popular yang boleh anda gunakan:

  1. Karang sekurang-kurangnya 4 post yang mengandungi keyword setiap hari. Kebanyakan blog yang popular seperti Boing Boing dan Daily Kos (di mana mereka mempunyai lebih sepuluh ribu pelawat setiap hari) mempublikasikan kira-kira 30 post pendek setiap hari yang mengandungi lebih kurang 150 perkataan.

  2. Daftar ke My Yahoo! Apabila anda mendaftarkan RSS anda di My Yahoo, ianya akan diindeks oleh Yahoo.

  3. Daftar juga ke Google’s Reader. Dengan ini blog anda akan diindeks oleh Google Blog Search.

  4. Letakkan link direktori di blog anda, kemudian bertukar link dengan agresif. Walaupun cara ini akan mengambil masa lebih berbanding dengan mendaftar di enjin carian dalam satu masa, ianya merupakan satu cara terbaik untuk memastikan anda memperolehi trafik ke laman anda. Anda juga boleh menggunakan software seperti Zeus untuk membantu melancarkan lagi proses penukaran link ini.

  5. Guna laman ping seperti ping-o-matic. Kemudian ping laman anda setiap kali anda menambah post baru.

  6. Daftar blog anda ke enjin carian tradisional seperti Alta Vista dan MSN.

  7. Daftar blog anda di direktori tradisional seperti DMOZ. Direktori-direktori seperti ini akan meningkatkan lagi kredibiliti blog anda di mata Google. DMOZ agak cerewet, tapi apa salahnya mencuba.

  8. Daftar ke direktori-direktori RSS dan enjin-enjin carian sebanyak mungkin. Proses ini mudah sahaja. Malah, ada software yang boleh membantu seperti RSS SUBMIT.

  9. Tinggalkan komen diblog-blog lain. Tapi ingat, jangan pula anda tinggalkan komen malas seperti “Saya setuju” ataupun “Ini post yang bagus”. Sebaliknya komen secara bijak dan menarik di mana ianya akan membuatkan pemilik blog tertanya-tanya dan ingin tahu siapa anda lantaran pergi ke blog anda.

  10. Guna track back. Jika ada blog yang anda guna sebagai rujukan dan ianya amat relevan kepada subjek yang anda bincangkan, jangan teragak-agak untuk meninggalkan track back. Ianya akan meningkatkan populariti blog anda.

  11. Jangan abaikan offline. Guna suratkhabar, papan buletin, kad bisnes dan pelekat untuk mengiklankan kewujudan blog anda.

  12. Letakkan link blog anda pada e-mail signature block anda.

  13. Guna Groups (Usenet). Cari kumpulan yang relevan melalui Google groups, Yahoo groups, MSN groups ataupun beribu-ribu servis yang sama yang ditawarkan di luar sana. Cari pengguna yang sama seperti anda dan berinteraksi dengan mereka. Pastikan anda guna URL blog anda seperti ianya nama anda sendiri.

  14. Manfaatkan forum-forum yang anda. Ini merupakan satu tempat yang sesuai untuk mendapatkan nasihat berguna. Pergi ke forum-forum yang berkaitan dan cari masalah-masalah untuk diselesaikan. Jangan lupa untuk tinggalkan nama blog anda, tapi jangan pula anda kelihatan seperti spam.

  15. Tag laman anda. Cara ini merupakan satu cara yang amat popular kini. Laman-laman seperti Del.icio.us dan Technorati membenarkan anda untuk menempatkan artikel anda di bawah keyword ataupun tag yang membolehkan mereka di dalam tag yang sama untuk melihat blog anda.

ARICLES SOURCE: http://www.sarahiduponline.com/

Thursday, July 3, 2008

PC SET DAN MONITOR

CARA-CARA MENGESAN KEROSAKKAN PADA PC SET DAN MONITOR



MENGESAN KEROSAKAN (TROUBLE SHOOTING)


1. Peralatan : PC Set

Masalah : Blank screen

Penyelesaian :

1. Check cable power (240V) ke monitor.
2. Check signal cable/connector.
3. Check power supply unit/pastikan kipas o.k.
4. Check power connector (connection) ke motherboard.
5. Check kedudukan RAM/lokasinya.
6. Check SVGA card/monitor card.
7. Check contrast/brightness control.
8. Check pemasangan/lokasi cable hard disk.
9. Check power LED pada monitor.
10. Check motherboard/CPU/RAM.
11. Check jumper pada card/motherboard(compare dengan lain).
12. Pastikan tiada 2 atau lebih card fungsi sama berada di dalam
Satu motherboard.
13. Pastikan power output (0, -5V+5V – 12V dan +12V) mencukupi dari
Power supply unit.
14. Rujuk pada manual.
15. Tukar monitor lain
16. Tukar motherboard.


2. Peralatan : Monitor

Masalah : Blank screen

Penyelesaian

1. Check fius pada 3 pin socket outlet (240V)
2. Check fius pada board monitor
3. Check komponen pada power supply area.
4. Check “ high voltage” capacitor
5. Tukar monitor.

Masalah : Gambar wujud pada tengah skrin

Penyelesaian

1. Check komponen pada horizontal area.
2. Check kapasitor tantalum/coupling
3. Tukar monitor.


Masalah : Gambar wujud di bawah skrin

Penyelesaian

1. Check komponwn pada vertical area.
2. Check kaki transistor
3. Tukar monitor.

Masalah : Warna pada skrin berubah-ubah

Penyelesaian

1. Check signal cable core/connection
2. Check video card
3. Tukar monitor.

Masalah : Contrast (background) cerah sangat. Ada horizontal line.

Penyelesaian :

1. Laras pada contrast di panel kawalan.
2. Laras screen button pada “ High voltage” capasitor.

Masalah : Gambar/tulisan tidak jelas (skrin kabur)

Penyelesaian :

1. Laras pada brighness di panel kawalan.
2. Laras fokus button pada “ high voltage” capasitor.
3. Tukar monitor.


P/S :INI ADALAH UNTUK PENGETAHUAN SAHAJA. SILA RUJUK PAKAR DALAM BIDANG KOMPUTER UNTUK KETERANGAN LANJUT.