Friday, August 8, 2008

PENGENDALI BLOG DI TAHAN


Mahfuz kecam penahanan pengendali blog Penarik Beca


Wan Nordin Wan Yaacob
Thu | Aug 07, 08 | 9:15:05 pm MYT


KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar mengecam tindakan polis menahan pengendali blog Penarik Beca sejak semalam, dan remannya disambung untuk sehari lagi.


Blogger Penarik Beca atau nama penuhnya Abu Bakar Mohd Rashid yang ditahan semalam, dilanjutkan tahanan satu hari lagi.


Tindakan ini kata Mahfuz menunjukkan betapa tidak cekap dan tidak profesionalnya polis dalam mengendalikan kes-kes seperti ini.

"Tindakan polis menahannya di rumah satu perkara yang tidak profesional, kerana polis boleh menghubungi Penarik Beca dan meminta beliau ke balai, ini pernah dilakukan ke atas pengendali web, Malaysia-today, Raja Petra Kamaruddin, dalam kes Penarik Beca polis sepatutnya bertindak seperti kes Raja Petra," ujarnya sebentar tadi ketika menghubungi Harakahdaily.

Mahfuz percaya pengendali blog tersebut adalah seorang yang berani justeru jPenarik Beca boleh datang ke balai untuk disiasat tanpa perlu penahanan dibuat.


Mahfuz juga kesal dengan tindakan polis yang tidak memaklumkan isteri mangsa sebab-sebab penahanan dan siasatan.

Mengulas lanjut penahanan itu Mahfuz mempersoal kewajaran polis melanjutkan penahanan Penarik Beca sedangkan sepatutnya pasukan itu boleh menyelesaikan sesi siasatan dalam masa sehari.

"Inikah yang dikatakan polis bersih cekap dan amanah, sedangkan dalam kes ini mereka tidak mampu menyelesaikan siasatan dalam tempoh sehari," katanya.


Beliau sekali lagi mengulangi pendirian bahawa penahanan tersebut adalah satu tindakan yang dilihat hanya untuk menutup kes tertentu yang akhirnya memangsakan pihak yang melaporkan.

Amat malang sekali jika penahanan sedemikian adalah bersifat untuk melindungi kepentingan pihak tertentu, katanya lagi.


Justeru beliau mendesak polis membebaskan segera tanpa sebarang pendakwaan ke atas pengendali blog terbabit.

Terdahulu, isteri pengendali blog terbabit, Salwa Abdul Samad mengesahkan kepada Harakahdaily suaminya ditahan untuk sehari lagi.


Menurut Salwa, suami beliau ditahan sepasukan empat orang anggota polis sejak kira-kira jam 11 malam Rabu, 6 Ogos di kediaman mereka di Taman Koperasi Polis dekat sini.

Peguam beliau, Mohamed Hanipa Maidin mengesahkan, Abu Bakar dibawa ke pejabat Bahagian Jenayah Perdagangan untuk disoalsiasat di bawah Akta Hasutan.


"Suami menghubungi saya, memberitahu beliau dilanjutkan tempoh tahanan untuk satu malam lagi, katanya polis hendak bersembang-sembang.


"Beliau dibawa ke mahkamah untuk dilanjutkan tahanan reman, tetapi ramai kawan-kawan yang menunggu tidak dapat berjumpa dengannya," kata Salwa. - mks.

articles source: http://www.harakahdaily.net

Wednesday, August 6, 2008

PUASA SUNAT

Hari-hari yang disunatkan berpuasa dalam setahun ialah:


1. Enam hari dalam bulan Syawal (kecuali hari raya Aidilfitri)

2. Pada setiap hari Isnin dan Khamis

3. Hari Asyura iaitu 10 bulan Muharram

4. Hari Tasu'a iaitu tanggal 9 bulan Muharram

5. Hari Arafah iaitu tanggal 9 bulan Zulhijjah

6. Sepuluh hari yang pertama pada bulan Zulhijjah tiap-tiap tahun

7. Puasa hari putih iaitu pada hari ke-13, 14 dan 15 tiap-tiap bulan hijrah.


Fadhilat berpuasa sunat adalah terlalu banyak, di antaranya dia akan memasuki syurga melalui pintu al-Rayyan. Silalah rujuk buku-buku fadhilat puasa yang ada di pasaran.

ARTICLES SOURCE: http://baheis.islam.gov.my

Tuesday, August 5, 2008

LAJUKAN PC/LAPTOP ANDA (2)

  1. Rajin2 la defrag PC korang tu
    • kalo korang jnis slalu surfing, main game, download2 atau keja2 lain, file2 dlm hard disk korang will be fragmented. tu bermakna, masa ntuk mengakses satu2 file akan mnjadi lbih lama.
    • oleh itu, ringankanlah jari jemari ntuk defrag hard disk. caranya, pegi start menu - accesories - system tools - disk defragmenter. pastu defrag la smua drive yg ada.
    • kalo nk hasil yg lbih memuaskan, guna 3rd party software ntuk defrag. contohnya, perfectdisk, diskeeper, atau o&o defrag. smua software yg aku sbut tu akan mendefrag hard disk korang kt background scara berterusan. oleh itu, korang xpyh pk psl defrag2 dh. sbb diorang dh amik alih keja tu.
  1. Get rid of virus, spyware, malware and ntah apa2 ware lagi
    • ni xpyh nk trang pnjg2. smua org tau virus n spyware ni jahat. oleh itu, aku cuma nk cdangkan antivirus n antispyware yg bgus.
    • aku dh try smua antivirus yg popular n wat skit research kt internet ntuk menetukan antivirus yg bgus. oleh itu aku recommend korang pakai salah satu antivirus berikut:
      • NOD32
      • BitDefender Plus/Pro (Sesetengah org susah update)
      • Kaspersky Antivirus / Kaspersky Internet Security
      • Avira Antivir (Free)
      • AVG Antivirus (Pilihan terbaik ntuk yg free selain Avira)
      • Avast! Antivirus
      • Norton Antivirus (yg 2008 la.. yg lama berat gila seh!!)
    • ni lak senarai antispyware yg aku recommend lpas wat skit research:
      • Webroot SpySweeper
      • Trend-Micro Antispyware
      • Ad-Aware
      • Spybot Search & Destroy (Free)
      • AVG Antispyware
      • CounterSpy
      • Spyware Doctor
  1. Guna 3rd Party utilities
    • Kalo nak maksimakan lg perfomance pc/laptop korang tu, guna la software2 yg offer hundreds of tweaks ntuk kasi pc korang laju.
    • dengan software2 ni, korang leh tukar byk settings yg hidden. selain tu, kita leh clean hard disk, clean registry, defrag registry, optimize internet connection, n mcm2 lg yg leh wat pc korang cam best.
    • berikut adalah software2 yg popular n aku recommend:
          1. TuneUp Utilities 2007
          2. Advanced System Optimizer
          3. System Mechanic
          4. WinXP Manager
          5. TweakXPTuneXP
  1. Tak payah nak bunyi2
    • yg ni aku x wat la.. tp bg korang yg nk lajukan lg startup n shutdown leh ikut prosedur ni.
    • Pegi Control Panel - Sounds and Audio Devices - Sounds. pastu pegi kat "Exit Windows". Kat sound panel bawah tu, pilih (none). Ulang bnda ni untuk "Start Windows".
  1. Disable Paging
    • Paging adalah backup kepada RAM yang disimpan di dalam hard disk ntuk menyimpan memori. Biasanya space yg dia makan mmg byk. Paging ni perlu sbb kalo RAM x mampu tampung program2 yg run, hard disk akan amik alih keja RAM melalui paging tu la. Tp kpada pemilik pc yg mempunyai RAM 1GB dan ke atas, paging ni xperlu pon sbb RAM korang tu dh ckup otai ntuk run byk program serentak. Cara nak cek saiz RAM adalah dgn right click on my computer, then pilih properties. Kat situ tgk la brapa memory korang. Kalo takat 128, 256 atau 512, abaikan je prosedur ni. Tp kalo lbih, jom disable paging file..
    • Caranya, right click on my computer then pilih properties. Tkan tab advanced, pastu tkan button settings yg dlm frame performance. Pastu tkan lak tab advanced. Pegi kat frame virtual memory, tkan button change. Highlight drive c, pastu tkan option no paging file. Then tkan button set kt sblah tu. Pastu restart. Byk free space korang leh gain pasni n mmg pc pon jd lg laju woo…
  1. Change Boot Sequence
    • yg ni lak menentukan cmne pc korang start. biasanya, pc kita akan cari bootable disc dlu baru dia akan start. ni dh akan mkn sikit masa lbih kurang 2-3 saat ntuk pc kita start.
    • untuk tukar bnda ni, masuk BIOS punya settings masa pc start. caranya, tkan F2 byk2 kali smpai msuk BIOS settings (skrin hitam atau biru). sesetengah pc kena tekan delete n bukan F2. tu bergantung la. pndai2 la korang carik apa yg patut ditekan. dlm BIOS settings tu, pegi "Advanced BIOS features" atau "Boot Sequence" atau "boot" atau something like that la. then disable CD/DVD ROM device atau pastikan hard disk diletakkan di tempat teratas. dah siap, pegi exit, pastu tkan save & exit.
    • kalo xdpt nk tangkap, xpyh buat yg ini. bahaya gak la kalo silap.
  1. Disable Ports & Devices yg korang x perlu
    • xreti aku nak explain.. tp kalo korang wat bnda ni, ada la skit lg prubahan pd perfomance pc korang tu.
    • right click my computer, pilih properties. tkan tab hardware pastu tkan button device manager. kat situ, tersenarailah semua hardware dlm pc korang tu. kat situ, korang leh la righ click kt mana2 hardware yg xguna, pastu disable. mcm aku yg guna laptop ni, aku disable Generic CardBus Controller n VIA Compatible Fast Ethernet Adapter sbb aku guna wireless. xpyh la yg Ethernet Adapter tu.
    • kalo xtau sgt, xpyh usik..
  1. Check Error
    • benda ni aku galakkan wat dlm sminggu skali atau at least sbulan skali. ia ntuk mencari n memperbetulkan error yg wujud dlm disk korang.
    • caranya, right click kat drive c, pastu tkan properties. pilih tab tools pastu tkan button check now. tanda box "Automatically fix... " pastu tkan start. kalo ada kuar apa2 window, tkan je ok. ulang ntuk smua drive, pastu restart. biarkan windows check error dlm hard disk korang. bnda ni makan masa skit je..

Harap dpt membantu korang dlm pnjagaan pc/laptop. smoga korang berpuas hati.. kalo x puas hati lg n rasa lum ckup laju, upgrade je la pc tu! Beli RAM besar2 skit n upgrade processor. Kalo dah system pc x brapa bagus, xpyh la demand sgt btol x?


SHAIFUL RIZHUAN BIN ISMAIL
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu,
Sarawak Bumi Kenyalang.

Monday, August 4, 2008

TIADA BAS TAMBAHAN

Tiada bas tambahan pulang pada Aidilfitri

bhnews@bharian.com.my

PMBOA tindak balas selepas kecewa permohonan naik tambang ditolak



KUALA LUMPUR: Tiada lagi perkhidmatan bas tambahan untuk Aidilfitri ini dan pengguna yang mahu pulang berhari raya di kampung perlu mencari alternatif lain, kata Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Ashfar Ali.



Sambil mengakui permintaan bas tambahan bagi orang ramai pulang ke kampung pada musim perayaan tinggi, Ashfar berkata, PMBOA memutuskan mengambil tindakan itu kerana kecewa dengan kerajaan yang menolak permohonan persatuan untuk menaikkan tambang sebelum Aidilfitri ini.

Beliau berkata, keputusan itu dicapai selepas PMBOA mengadakan beberapa pertemuan dengan pengusaha bas ekspres berhubung perkara itu.


"Pertemuan itu turut membincangkan kekecewaan pengusaha bas ekspres terhadap kerajaan yang seolah-olah tidak mengendahkan masalah kami walaupun satu memorandum sudah dihantar kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Kementerian Kewangan, masing-masing pada 14 April dan 20 Jun lalu.



"Jadi selepas mengadakan beberapa pertemuan dengan semua pengusaha bas ekspres, kami bersetuju tidak menyediakan perkhidmatan bas tambahan kerana sebarang pertambahan bas akan menyebabkan kos meningkat," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.



Sebelum ini, PMBOA meminta kerajaan meluluskan cadangan kenaikan tambang 100 peratus yang dikemukakan April lalu dan menambah jumlah kuota diesel subsidi kepada 5,000 liter sebulan untuk bas henti-henti dan 9,000 liter sebulan untuk bas ekspres daripada 2,500 liter sebulan sekarang.


articles source: http://www.bharian.com.my


P/S: PANDANGAN ANDA PADA ISU INI..... KOMEN KAT BAWAH..... ATAU E-MAIL NAZA1@YMAIL.COM ..... TQ

Sunday, August 3, 2008

TIPS MEMBUAT BLOG


Menulis blog kini menjadi satu “aktiviti” yang sangat popular pada masa kini, sama ada ia bertujuan untuk perniagaan mahupun untuk peribadi. Satu perkara yang seringkali menjadi matlamat bagi seorang penulis blog, ialah, “memiliki bilangan pembaca seramai mungkin”. Beribu-ribu pembaca, bermakna beribu-ribu wang boleh dihasilkan.
Berikut adalah 5 tips untuk menghasilkan blog yang cemerlang :


1. Tentukan topik blog anda.

Pilihlah sesuatu topik yang khusus untuk blog anda, anda boleh memilih topik berdasarkan minat anda atau pun pekerjaan anda. Anda biasanya akan mempunyai ilmu yang banyak pada sesuatu yang anda minati ataupun pada sesuatu yang anda lakukan setiap hari.Ini akan memudahkan anda untuk menulis dan mengurangkan sindrom kehabisan idea.


2. Tulis blog anda seperti anda sedang berbual dengan rakan anda.

Blog sebenarnya adalah suatu bentuk komunikasi santai. Tulislah blog anda seperti anda menulis surat kepada rakan anda. Elakkan penggunaan ayat yang terlalu panjang, serta tulis ia seperti anda “bercakap”, jangan terlalu formal , walaupun ia blog perniagaan!.


3. Tentukan berapa kerap anda menulis.

Blog yang kerap di kemaskinikan, biasanya akan mendapat lebih ramai pembaca. Oleh itu, lebih kerap anda mengemaskinikan blog anda, maka ianya lebih bagus!. Buat sedikit jadual dan cuba ikutinya.


4. Bantu pembaca anda!

INternet adalah sebuah gedung maklumat yang luas, namun begitu, anda masih boleh mendapatkan pembaca yang setia di blog anda jika anda banyak memberikan maklumat yang berguna. Tapi awas, pastikan maklumat itu tidak terkeluar dari topik yang telah anda pilih untuk blog anda. Maksudnya, jika blog anda dalah mengenai kucing, jangan pula menulis post mengenai kereta. Ia akan mengecewakan pembaca-pembaca setia anda.


5. Anggap blog anda sebagai tempat perbincangan - galakkan pembaca anda memberikan komen.

Bagi seseorang pembaca yang baru sampai ke blog anda, kadang-kadang, nereka berasa agak malu untuk memberikan komen. Oleh itu, mungkin anda boleh memberikan mereka galakkan dengan bertanya soalan atau meminta pendapat mereka mengenai tulisan anda di penghujung post.



ARTICLES SOURCE: http://rahsiablogger.com


P/S: ANDA ADA TIPS UNTUK KONGSI BERSAMA SILA BAGI KOMEN KAT BAWAH ATAU HANTAR KAT E-MAIL NAZA1@YMAIL.COM ..... TQ

Saturday, August 2, 2008

LAJUKAN PC/LAPTOP ANDA (1)

Berikut adalah langkah yg boleh diambil untuk tingkatkan prestasi pc korang (Windows XP):


  1. Kasi laju startup
    • startup tu maknanya waktu yg diambil dr masa korang tkan button power kt pc tu smpai la windows abis load n korang leh mula guna pc tu.
    • untuk kasi startup ni laju, disable program2 yg dirasakan xperlu run masa startup. contohnya kbanyakan kita punya pc akan auto sign-in kita punya ym. kalo nak disable ym punya autostart ni, pegi kat ym, tekan messenger, pilih preferences, pilih category general. lastly, clear box "Automatically start Yahoo! Messenger"
    • untuk disable program2 lain, lbih snang lg. pegi start menu, tekan run. taip msconfig then hit enter. pilih tab startup. then uncheck je mana2 program yg korang rasa xperlu. tp jgn bijak sgt uncheck korang punya antivirus ok?
    • menda ni leh gak dibuat dgn 3rd party utilities mcm tuneup utilities 2007. pegi je startup manager, delete mana2 yg patut ok?
    • right-click my computer, pilih properties. pilih tab advanced, tkan button settings kt dlm frame startup n recovery. clear checkbox "time to display... .". uncheck dua2 box kt atas tu ok?

  1. Buang sampah
    • kita mula dr yg basic ok?? rajin2 le buang sampah2 dlm pc korang tu. ntuk wat menda ni, pegi start menu - accesories - system tools - disk cleanup. tkan ok je ntuk start cleaning. repeat ntuk smua drive yg ada dlm pc tu. dgn ini, korang dh leh dpt free space dlm hard disk. wat sminggu skali ok la kot.


  1. Tak payah nak cantik2
    • right click my computer, pilih properties. pilih tab advanced, tkan button settings dlm frame perfomance. nnti akan kuar visual effects punya settings. menda ni yg tentukan kecantikan pc korang. lg cantik, lg slow la pc tu. kalo nk ikut aku punya pndapat, korang tinggalkan 4 settings je yg checked. iaitu, "Show windows content... ", "Use common tasks... ", "Use drop shadows... ", "Use visual styles... ". Aku punya settings ni x menjejaskan sgt kcantikan laptop korang tu.

  1. Turn off System Restore
    • kalo korang rasa yakin pc korang xkn diserang virus, turn off je system restore. sbb menda ni akan simpan rekod dlm hard disk dr semasa ke semasa. kalo turn off, korang leh jimat space hard disk n kurangkn windows punya services. oleh itu, laju la pc korang. tp kalo turn off, korang dh xleh nk restore pc balik. bila kena virus, tpaksa la format balik. kalo nk off, wat cmni:right click my computer, pilih properties. tkan tab system restore, pastu tanda checkbox "turn off system.."

  1. Disable Indexing Service
    • indexing adalah satu proses mengindeks la. proses ni ntuk mempercepatkan carian file bila korang guna Search. tp indexing service ni akan wat keja kat background n sdikit sbanyak wat pc kita slow (x rasa sgt pon sbnarnya). tp disebabkan kita nk pc kita laju ke tahap maksima, kita disablekan saja!
    • caranya, bukak my computer. right click kat drive c, pilih properties. pastu clear box "Allow Indexing Service... .". pastu tekan ok. kalo ada kuar apa2 window, tkan je ignore all. ulang bnda ni ntuk smua drive yg ada.

P/S: KALAU ADA LAGI CARA NAK LAJUKAN PC/LAPTOP BAGI KOMEN KAT BAWAH ATAU E-MAIL KAT NAZA_KKM@YAHOO.COM


BN SUKAR GUGAT ANWAR

Najib: BN sukar gugat Anwar


Jimadie Shah Othman | Aug 1, 08 11:54am

kemaskini 1:56pm Datuk Seri Najib Razak mengakui BN sukar menang dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi calon PKR di kerusi parlimen tersebut.


"Kita kena realistik, ia adalah kawasan yang sukar. Kita akan berusaha sebaiknya," kata timbalan perdana menteri hari ini.


najib hilton hotel pc 010808 01Mengulas lanjut keputusan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatannya semalam sebagai anggota parlimen di kawasan itu, Najib berkata Anwar mempertaruhkan "masalah peribadinya" kepada orang ramai.


"Sebenarnya, tuduhan dibuat oleh pegawai khas beliau sendiri, bukan oleh kerajaan. Dan ada cara-cara untuk menyelesaikan tanpa membawa perkara ini kepada rakyat.



"Tetapi dia tidak pilih cara-cara tersebut. Beliau pilih untuk bawa perkara ini kepada rakyat, khususnya pada pengundi di Permatang Pauh. Tetapi kita terima perkara ini. Kita akan hadapi," katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran program khusus ke Universiti al-Azhar di Kuala Lumpur.



Pembantu penasihat PKR itu Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa diliwat dalam satu laporan polis 28 Jun lalu.



Kertas siasatan polis kini sudah disiapkan dan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara sebelum memutuskan sama ada wujud kes prima facie untuk mendakwa mantan timbalan perdana menteri itu.

Desas-desus Anwar ditahan dan kemudian dibawa ke mahkamah semakin hangat diperkatakan.


Najib menambah, BN bagaimanapun tidak gentar menghadapi pilihanraya kecil itu kerana kerajaan pimpinan parti itu masih menguasai parlimen.


"Kerajaan tidak takut. Kita ada majoriti yang cukup (dalam parlimen). Tetapi Anwar memutuskan membawa kepada rakyat," katanya.



Mengulas kemungkinan BN meletakkan bekas setiausaha politik Anwar, Mohamad Ezam Mohd Nor sebagai calon untuk merampas kerusi itu, Najib berkara pemilihan calon masih belum dibincangkan.



"Kita tidak bincang soal calon lagi. Soal calon kita kena ikut proses (melibatkan) perbincangan di peringkat perhubungan (negeri) dan bahagian. Akhirnya pucuk pimpinan akan buat keputusan yang sewajarnya," katanya.


Mohamad Ezam, bekas ketua Pemuda PKR, pernah menawarkan diri bertanding atas tiket BN untuk menentang Anwar di Bandar Tun Razak dan Kulim-Bandar Baharu.


anwar ibrahim wan azizah permatang pauh by election 310708Najib bagaimanapun enggan menjelas bila BN akan berbincang untuk menetapkan calon terbaik untuk menghadapi tokoh utama pembangkang itu.

"Ia proses. Kita tidak perlu bagi tahu bila (akan) dibincang. Yang penting, perbincangan dibuat," katanya.



Mengulas sama ada karier politik Anwar akan tamat jika tidak dapat mempertahankan kubu kuatnya itu, Najib berkata:


"Kita tidak tahu. Beliau sudah buat kira-kira. Beliau rasa itu peluang terbaiknya. Kita letakkan pada rakyat untuk memutuskannya."


Anwar semalam mengumumkan bertanding di kerusi parlimen itu yang telah dikosongkan oleh isterinya pada sebelah pagi.


Permatang Pauh merupakan kerusi tradisi Anwar selama 17 tahun sejak memenanginya pada 1982 atas tiket BN.


Dr Wan Azizah menguasainya selama tiga penggal apabila Anwar dipenjarakan pada 1999 dan 2004 dan dilarang bertanding dalam pilihanraya umum Mac lalu.


Sementara itu perdana Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, BN akan cuba merampas kembali kerusi parlimen itu.

BN tidak akan memberi kemenangan percuma kepada Anwar, katanya lagi selepas mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Al-Mutadee Billah di Putrajaya hari ini.


ARTICLES SOURCE: http://www.malaysiakini.com


P/S: PADA PENDAPAT ANDA SIAPA YG AKAN MENANG KERUSI DI PERMATANG PAUH. BAGI KOMEN ANDA DIBAWAH.... TERIMA KASIH

MAKHLUK HALUS

Pindah ikut jalan belakang -

‘Makhluk halus’ punca histeria sekolah dipindah guna van




SAHABUDIN membawa bungkusan biru yang dikatakan umpan makhluk halus sambil berjalan keluar ikut pintu belakang SMK Tanjung Lumpur semalam.


KUANTAN - Tindakannya mungkin tidak dipercayai ramai, tetapi kepada Sahabudin Shamsudin atau Pak Din, bungkusan plastik yang dibawa keluar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur, di sini semalam adalah penamat kepada kejadian histeria yang dialami guru dan pelajar di situ sejak Mei lalu.


Pengamal perubatan tradisional itu merahsiakan isi bungkusan dalam beg plastik biru itu tetapi yakin matlamatnya sebagai umpan untuk membawa keluar apa yang dianggap sesetengah pihak sebagai makhluk halus, sudah berjaya dilaksanakan.


Malah, ia dilakukan dalam diam sehingga pihak sekolah dan media yang menunggu proses pemindahan itu sejak awal pagi, tidak menyedari kehadiran beliau.

Ini kerana mereka tidak menggunakan bas seperti yang dilaporkan semalam, semuanya gara-gara pemandu kenderaan itu tidak berani melakukannya.


Akibatnya, Pak Din terpaksa mendapatkan khidmat seorang rakan untuk memindahkan makhluk halus itu dengan van yang dinaiki mereka berdua ke satu lokasi rahsia kira-kira 20 kilometer dari situ.


Tambah beliau lagi, makhluk halus yang dipindahkan itu sebenarnya 'satu keluarga' yang didakwa mengikutnya keluar dari pintu belakang sekolah berkenaan untuk dipindahkan.


"Mereka terdiri daripada 14 'dewasa' dan tujuh 'kanak-kanak', saiznya macam kita," dakwa beliau ketika ditemui selepas proses pemindahan itu selesai semalam.

Pak Din menambah, pemindahan tersebut terpaksa dibuat dalam diam bagi mengelak ia menjadi tumpuan ramai dan mencetuskan gangguan.


Menceritakan detik pemindahan itu, Pak Din yang sudah mengendalikan tugas seumpama itu di beberapa negeri berkata, sewaktu perjalanan, van itu terasa membawa muatan yang sangat berat.


"Kalau tak silap saya, van itu hanya dapat dipandu tak sampai 30 kilometer sejam sebab berat macam bawa 23 orang tetapi yang nampak hanya saya dan pemandu," katanya.



articles source: http://www.kosmo.com.my



p/s : anda boleh bagi komen kat bawah pasal apa2 yg anda tahu tentang makhluk halus.

Friday, August 1, 2008

SAYA TIDAK TERLIBAT

Saya tidak terlibat skandal seks - Wee




PUTRAJAYA - Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Wee Ka Siong (gambar) menafikan dirinya terlibat dalam skandal seks seperti dilaporkan di muka depan sebuah akhbar semalam.


Menurut beliau, laporan tersebut sekadar merupakan imaginasi akhbar berkenaan bagi mengaitkan kesnya itu seumpama skandal seks bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.


"Saya tidak terlibat. Saya kecewa dengan laporan akhbar itu. Saya hormati kebebasan media tetapi janganlah tambah 'Ajinomoto', sampai kiamat nanti pun berdosa dan ini mungkin ini satu ujian Tuhan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


Ka Siong menjelaskan, khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbunyi 'Countdown 90 hari, Dr. Wee Ka Siong akan letak semua jawatannya pada 20 Oktober 2008, sama seperti Dr. Chua itu telah tersebar sejak 22 Julai lalu.


"Ia tersebar pada tarikh selepas saya menang tanpa bertanding Ketua Bahagian MCA Johor Bahru. Kebetulan tarikh 20 Oktober yang dikatakan itu pula hari lahir saya (ke-40)," ujarnya.


Tambahnya, beliau turut mengetahui, penyebaran SMS itu dibuat oleh individu yang sejak dari dulu lagi tidak senang dengan beliau kerana berjaya ketika ini dalam kerjaya politik.



ARTICLES SOURCE: http://www.kosmo.com.my

PAS TOLAK BN



PAS tolak kerjasama dengan BN bentuk kerajaan - Presiden PAS

Nyza Ayob dan Intan Abdullah

Thu | Jul 31, 08 | 4:34:28 pm MYT


KUALA LUMPUR, 31 Julai (Hrkh) - PAS menolak mengadakan sebarang rundingan dengan Barisan Nasional (BN) bagi mewujudkan kerajaan sama ada di peringkat pusat atau negeri.


Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata sebarang tawaran untuk mewujudkan kerjasama politik tidak lagi berbangkit.


"PAS akan terus terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan parti-parti politik, badan bukan kerajaan, institusi ataupun mana-mana individu demi kepentingan agama dan rakyat," ujarnya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.


PAS mengulangi pendiriannya untuk terus kekal bersama pakatan Rakyat dan akan memainkan peranan aktif dan positif termasuk perjuangan bersama untuk membuat perubahan.

"Kita mengajak ahli-ahli parlimen BN untuk menyertai Pakatan Rakyat untuk sama-sama sokong dan dokong perubahan yang hendak dilaksanakan," katanya.


Ditanya mengenai tindakan yang akan diambil oleh parti tersebut terhadap mana-mana pimpinan yang mengadakan pertemuan sulit dengan BN, katanya, "tiada yang sulit lagi, kita mengatakan boleh mengadakan pertemuan dengan syarat ia dimaklumkan kepada parti."


PAS juga katanya menghargai sokongan bukan Islam dan mereka akan diberikan peranan lebih pada masa akan datang dalam arena politik bersama PAS.

Dalam pada itu, Ustaz Abdul Hadi turut menyatakan bahawa pihaknya turut menyatakan sokongan dalam isu Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.


"Isu tersebut hendaklah diselesaikan mengikut syariat Islam, berdasarkan perlembagaan 121 yakni kes yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah dirujuk kepada Mahkamah Syariah.

"Saya tidak mahu isu ini dipolitikkan. Kalau sekiranya ia tidak boleh (dirujuk kepada mahkamah syariah) Umno kena buat perubahan.


"Ya, saya membela siapa yang kena zalim termasuk Dato' Seri Anwar," ujarnya.


Sidang media tersebut diadakan sebaik selesai Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS yang dibuat secara bulanan, dengan turut dihadiri Majlis Syura Ulama' yang dipengerusikan Ustaz Abdul Hadi.


Turut serta dalam mesyuarat tersebut ialah Musyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar dalam sidang media tersebut.



articles source: http://www.harakahdaily.net