Monday, August 4, 2008

TIADA BAS TAMBAHAN

Tiada bas tambahan pulang pada Aidilfitri

bhnews@bharian.com.my

PMBOA tindak balas selepas kecewa permohonan naik tambang ditolak



KUALA LUMPUR: Tiada lagi perkhidmatan bas tambahan untuk Aidilfitri ini dan pengguna yang mahu pulang berhari raya di kampung perlu mencari alternatif lain, kata Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Ashfar Ali.



Sambil mengakui permintaan bas tambahan bagi orang ramai pulang ke kampung pada musim perayaan tinggi, Ashfar berkata, PMBOA memutuskan mengambil tindakan itu kerana kecewa dengan kerajaan yang menolak permohonan persatuan untuk menaikkan tambang sebelum Aidilfitri ini.

Beliau berkata, keputusan itu dicapai selepas PMBOA mengadakan beberapa pertemuan dengan pengusaha bas ekspres berhubung perkara itu.


"Pertemuan itu turut membincangkan kekecewaan pengusaha bas ekspres terhadap kerajaan yang seolah-olah tidak mengendahkan masalah kami walaupun satu memorandum sudah dihantar kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Kementerian Kewangan, masing-masing pada 14 April dan 20 Jun lalu.



"Jadi selepas mengadakan beberapa pertemuan dengan semua pengusaha bas ekspres, kami bersetuju tidak menyediakan perkhidmatan bas tambahan kerana sebarang pertambahan bas akan menyebabkan kos meningkat," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.



Sebelum ini, PMBOA meminta kerajaan meluluskan cadangan kenaikan tambang 100 peratus yang dikemukakan April lalu dan menambah jumlah kuota diesel subsidi kepada 5,000 liter sebulan untuk bas henti-henti dan 9,000 liter sebulan untuk bas ekspres daripada 2,500 liter sebulan sekarang.


articles source: http://www.bharian.com.my


P/S: PANDANGAN ANDA PADA ISU INI..... KOMEN KAT BAWAH..... ATAU E-MAIL NAZA1@YMAIL.COM ..... TQ

No comments:

Post a Comment