Wednesday, August 13, 2008

POTONGAN LUAR BIASA

1,000 pelajar kolej berang - Potongan luar biasa pinjaman PTPTN tanpa pengetahuan




PELAJAR Kolej Masterskill mengadakan protes sebagai membantah pemotongan luar biasa PTPTN di Taman Kemacahaya, Cheras semalam.


KAJANG - Gara-gara terkejut dengan potongan luar biasa terhadap pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), lebih 1,000 pelajar Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskill di sini, berang sehingga menimbulkan suasana kecoh di kolej berkenaan.

Lebih memburukkan keadaan, sebahagian besar pelajar terbabit menyangka kekurangan jumlah wang yang masuk ke akaun mereka berpunca daripada kegiatan penyelewengan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.


Ekoran itu, mereka bertindak berkumpul beramai-ramai sejak pagi hingga lewat petang semalam dan mendesak pihak pengurusan kolej memberi penjelasan berhubung 'kehilangan duit' mereka itu sehingga memaksa pihak kolej memanggil pihak polis.

Seorang pelajar yang mahu dikenali sebagai Yusri berkata, kebanyakan pelajar tertekan kerana elaun dipotong untuk bayaran insurans pinjaman tanpa sebarang pemberitahuan daripada pihak kolej atau PTPTN.


"Kesannya, saya yang sepatutnya mendapat RM750 untuk perbelanjaan bagi setiap semester cuma dapat tidak sampai RM50, malah ada di antara rakan-rakan yang mempunyai baki antara RM10 hingga RM20 saja.


"Jika keadaan itu berterusan, para pelajar yang rata-ratanya bergantung kepada wang tersebut untuk menyara kos sara hidup akan menghadapi masalah kewangan serius," ujar beliau ketika ditemui di kolej berkenaan.


SOURCE: http://www.kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment