Saturday, August 9, 2008

RISIKO KEMATIAN DI JALANRAYA

Rakyat Malaysia semakin terdedah kepada risiko kematian di jalan raya

08/08/2008 7:24pm

PUTRAJAYA 8 Ogos - Rakyat di negara ini kini semakin terdedah kepada risiko kematian akibat kemalangan jalan raya ekoran daripada perubahan trend dalam penggunaan kenderaan yang menyaksikan lebih ramai pengguna kereta beralih kepada motosikal.


Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh berkata, pendaftaran baru motosikal sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini meningkat sebanyak 30 peratus, dipercayai disebabkan oleh peningkatan harga petrol.


Katanya, pengguna jalan raya yang mempunyai kereta dan motosikal juga didapati lebih gemar menggunakan motosikal berbanding kereta dan ini menyebabkan mereka lebih terdedah kepada risiko kematian.


``Jika kita tukar dari motosikal ke kereta, risiko kematian menurun 17 kali ganda, kereta ke bas (turun 30 kali ganda), bas ke kereta api (turun 325 kali ganda) dan dari kereta api ke kapal terbang (turun 6,000 kali ganda).


``Jika pengguna jalan raya menukar dari kereta ke motosikal, maka risiko kematian mereka juga meningkat,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Suret berkata, peningkatan jumlah penunggang motosikal itu dijangka menyumbang kepada peningkatan 12 peratus kematian melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal. - Utusan

1 comment: