Saturday, July 12, 2008

GOOGLE ADSENSE

10 KESILAPAN PEMILIK LAMAN WEB BERKENAAN ADSENSE



Google Adsense sememangnya satu program pengiklanan internet yang amat popular serta merupakan sumber pendapatan ramai pemilik laman web. Walaubagaimanapun, ramai juga yang lupa bahawa Google Adsense mempunyai peraturan yang jika diabaikan dan dilanggar, boleh memakan diri sekaligus membuatkan nama dipadam dari program ini.

Di sini, saya akan senaraikan 10 kesilapan yang biasa dilakukan oleh pemilik laman web dengan Adsense mereka yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada sumber pendapatan mereka sendiri. Percayalah, jika saya boleh nampak akan kesilapan-kesilapan ini, apatah lagi Google!

  1. Jangan sekali-kali klik pada iklan adsense anda ataupun menyuruh rakan-rakan untuk klik untuk anda. Ini merupakan kesilapan yang paling kerap dilakukan. Pastikan keluarga anda turut tidak klik pada iklan-iklan ini demi untuk meningkatkan pendapatan anda. Ini akan membuatkan akaun anda digantung dan dihapuskan. Juga jangan cuba-cuba untuk menawarkan insentif pada pengguna untuk klik pada iklan tersebut ataupun menggunakan alat yang mengklik secara automatik. Adsense sememangnya pakar dalam mengesan klik-klik palsu. Jika anda mahu meninjau iklan pada laman anda, guna alat Google Preview yang disediakan.

  2. Jangan cuba tukar kod Adsense. Google sudah sedia menawarkan kemudahan untuk menukar warna, latar belakang, garis tepi dan sebagainya untuk anda manfaatkan, oleh itu, tidak perlu bagi anda untuk cuba menukar kod yang sedia ada. Jangan fikir Google tidak akan menyedari jika anda menukar kod mereka.

  3. Jangan tempatkan lebih dari 3 unit iklan dan 1 link iklan ataupun 2 kotak carian adsense di dalam mana-mana laman. Lagipun, iklan-iklan ini tidak akan muncul jika kuota ini dilangkaui.

  4. Jangan tempatkan iklan teks ataupun servis carian dari syarikat saingan yang serupa dengan Google Adsense di laman yang sama. Juga jangan sekali-kali guna servis carian dari syarikat saingan Google di dalam laman yang sama. Walaubagaimanapun, program affiliate dibenarkan.

  5. Jangan beri apa-apa maklumat berkenaan akaun anda seperti maklumat CTR, CPM dan potensi keuntungan yang boleh didapati melalui sesebuah unit iklan. Maklumat-maklumat seperti ini hanya ditawarkan oleh Google kepada pemilik-pemilik akaun. Walaubagaimanapun, jika anda mahu beritahu orang ramai tentang jumlah keuntungan yang anda perolehi, terpulanglah.

  6. Label iklan-iklan anda sebagai “sponsored links” ataupun “advertisements” sahaja. Label-label lain tidak dibenarkan.

  7. Jangan guna tetapan di mana laman baru akan keluar setiap kali iklan anda diklik. Iklan-iklan adsense sepatutnya dipaparkan pada laman yang sama. Anda mungkin menggunakan tag untuk memaparkan semua link-link di laman baru sebagai “default”. Betulkan tetapan ini kerana Google tidak membenarkan iklan-iklan mereka dipaparkan di laman baru.

  8. Satu akaun sudah memadai untuk lebih dari satu laman web. Anda tidak perlu mendaftar 3 akaun untuk 3 laman web yang berbeza. Tambahan pula, jika satu akaun anda dihapuskan, Google akan memastikan semua akaun anda turut terpadam sebaik sahaja mereka mengesan akaun-akaun tersebut.

  9. Tempatkan iklan hanya di laman-laman yang berunsurkan maklumat atau lebih dikenali sebagai “Content Pages”. Pemilik iklan hanya membayar untuk laman-laman seperti ini. Tambahan pula, dengan adanya isi kandungan ini ia membantu iklan-iklan yang relevan untuk dipaparkan.

  10. Jangan sekali-kali hantar iklan-iklan anda melalui email. Email berbentuk HTML sememangnya kelihatan cantik dan membenarkan iklan berasaskan javascript. Namun, cara ini dilarang keras oleh Google.

ARTICLES SOURCE: http://www.sarahiduponline.com

No comments:

Post a Comment