Wednesday, July 30, 2008

NIK AZIZ

Karpal Singh perlu hormati Pas - Nik Aziz








GUA MUSANG - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) meminta Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya menghormati hasrat Pas untuk mengadakan muqabalah dengan UMNO.


"Karpal macam saya juga, usianya telah tua, dan kita hormati dia, maka dia pula perlu menghormati kita," katanya kepada pemberita di sini semalam ketika diminta mengulas kenyataan pemimpin DAP itu yang mahu supaya kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat dikaji semula kerana menganggap perbincangan Pas dengan UMNO boleh menggugat perpaduan dalam pakatan itu yang turut melibatkan Parti Keadilan Rakyat.


Nik Aziz berkata. Karpal sepatutnya memahami mengenai muqabalah yang merupakan perbincangan bersemuka antara Pas dan UMNO kerana pengalaman politiknya yang lama dan untuk menjaga kepentingan bersama antara Pakatan Rakyat.


Beliau juga berkata, isu muqabalah antara Pas dan UMNO itu tidak akan diperjelaskan kepada Karpal kerana perkara itu pernah dibincangkan dengan pemimpin DAP itu sebelum ini.


"Saya tak nak komen, lagi pun dalam dua, tiga minggu dulu saya dah tutup fail menyentuh perkara itu yang membabitkan saya dengan Karpal," katanya. - Bernama



ARTICLES SOURCE: http://www.kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment