Thursday, July 31, 2008

MICROSOFT

Perisian Microsoft murah



KUALA LUMPUR - Orang ramai berpeluang untuk memiliki perisian asli terbaru keluaran Microsoft iaitu Microsoft Office Home and Student 2007 dengan harga semurah RM199 melalui promosi yang bermula esok sehingga 31 September depan.


Lebih menarik, 100 pengunjung pertama yang mengunjungi ruang pameran Microsoft pada pameran Pikom PC Fair 2008 yang akan berlangsung selama tiga hari bermula esok di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bakal menikmati harga perisian tersebut dengan lebih murah iaitu RM99. Harga sebenar perisian tersebut RM499.


Pengarah Urusan Microsoft (M) Sdn. Bhd., Yasmin Mahmood berkata, harga RM199 untuk setiap perisian itu adalah yang termurah pernah ditawarkan kepada para pelanggan.


"Selepas tempoh promosi, anda masih boleh menikmati kadar potongan harga sehingga 40 peratus daripada harga pasaran sebenar untuk setiap perisian tersebut iaitu sekitar RM279," katanya di sini semalam.


Katanya, berbanding keluaran perisian sebelum ini, perisian terbaru tersebut mempunyai pelbagai fungsi termasuk Power Point serta perisian terbaru iaitu OneNote.


ARTICLES SOURCE: http://www.kosmo.com.my/

No comments:

Post a Comment